Wednesday, December 29, 2010

Berakhir Kemarau 14 Tahun

Harimau Malaya seperti memberikan 'Markah Kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.



Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.

Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke 72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.

Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak 'sporting' sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.

Tuesday, December 28, 2010

Adakah Malaysia Berjaya Menembusi Gawang Indonesia?

Si Manja tidaklah dikatakan sebagai seorang yang tidak berminat sangat pasal bola, tetapi Si Manja tetap berbangga sekiranya pasukan kita dapat mengalahkan pasukan Indonesia rabu ini. Dari sudut hati, tetap menyokong pasukan kita.


Ini sebagai ramalan biasa kepada sesiapa jua yang menjadi penyokong kepada pasukan sendiri. Kekadang penyokong-penyokong agak fanatik sedikit, ini yang menjadikan sesuatu perkara diluar jangkaan. Perlukah ia dielakkan? Sekiranya perlu, patut dibendung melalui rakan yang berada disebelah, tetapi rakan disebelah pun ikut sama. Almaklumlah, takut kawan tadi terasa hati lak kan.


Jangkaan Pasukan Malaysia yang bertandang ke Jakarta menentang Pasukan Indonesia berkesudahan dengan Malaysia 2 - 1 Indonesia. Ini berdasarkan kepada pemerhatian, jika pasukan kita ditempat lawan, terutamanya di Indonesia, pasukan kita pastinya akan diserang terlebih dahulu untuk mendapatkan gol pendahuluan. Yang pasti pasukan kita goyang seketika bila ditembusi dengan jaringan 1-0 untuk Masa Pertama. Masa Kedua, kebangkitan pasukan Malaysia pastinya tidak dapat dibendung bila Safee menjaringkan satu gol melalui sepakan kencang dari luar petak penalti dan sebelum wisel penamat ditiup, satu gol sendiri tercipta menerusi tendangan sudut.

:) Jaringan pertama Indonesia dijaringan oleh Gonzales. Dan kesudahannya agreget 5-1 memihak kepada pasukan Malaysia.

Saturday, December 25, 2010

Tindakan jika tak mula sesi persekolahan ikut jadual

KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
“Justeru, jika ada sekolah yang gagal berbuat demikian, surat tunjuk sebab akan diberikan kepada pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.

Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.

Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.

“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan Negara,” katanya.

Friday, December 24, 2010

Raja yakin lawan lebih tertekan

KETIKA K Rajagobal membayangkan Indonesia akan tertekan kerana beraksi pertama kali di luar gelanggang keramat mereka Stadium Gelora Bung Karno, pengurus pasukannya Andi Darussalam bingkas menafikannya.

“Saya yakin pemain tidak berdepan masalah walaupun pertama kali beraksi di luar Jakarta. Sama saja sama ada bermain di Kuala Lumpur atau Jakarta,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Seperti Malaysia yang pasti mendapat sokongan penyokong sendiri, saya yakin penyokong setia kami juga akan hadir meniup semangat pemain. Jika pemain Malaysia bersemangat untuk menang, pemain kami juga akan turun dengan matlamat sama,” katanya.

Pada peringkat kumpulan, Indonesia yang mendapat sokongan 80,000 penonton beraksi gagah di tempat sendiri apabila menjuarai kumpulan dengan mengumpul sembilan mata maksimum selepas menang dalam ketiga-tiga perlawanan.

Skuad bimbingan Alfred Riedl itu bagaimanapun tidak perlu bermain di luar dalam saingan separuh akhir apabila lawan yang ditentang, Filipina gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria, sekali gus menyaksikan kedua-dua perlawanan timbal balas diadakan di Gelora Bung Karno.

Andi juga menyifatkan perlawanan final kali ini pasti klasik dan menarik kerana pertemuan kedua-duanya sentiasa mencuri tumpuan.


Tuesday, December 21, 2010

Kos Zero,Untung Ratusan Dollar.Bagaimana?


Untuk posting hari ini saya ingin mengajak anda untuk bercakap-cakap perkara-perkara yang menyenangkan hati dalam usaha untuk menjana pendapatan online!
: )

Jika saya tanya kepada anda,pembaca blog saya yang setia,adakah anda mahu untuk memulakan perniagaan internet dengan sepenuhnya dengan tiada kos namun keuntungan yang anda dapat mencecah hingga  ke ribuan ringgit(ratusan dollar) setiap bulan?
Saya yakin tiada yang berkata “NO” untuk soalan saya ini.
Memang tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan online dengan tiada kos namun anda masih lagi mampu menjana duit online.

Screen Shot ini telah diambil daripada akaun rakan saya,Wana.Beliau merupakan antara kenalan saya yang mana berjaya menjana pendapatan online sehingga ratusan dollar secara part time sahaja.
Wana memulakan langkah awal beliau untuk menjana wang online dengan tanpa modal.Ini termasuklah tiada modal untuk pemasaran,tiada modal untuk blog dan juga tiada modal untuk mendaftar line internet untuk kegunaan harian!
Biar saya ceritakan serba sedikit tentang rakan saya ini.Wana yang berusia 23 tahun ini agak terdesak untuk mencari wang tambahan. Jadi beliau berusaha untuk belajar bagaimana untuk dapatkan wang online tanpa melaburkan duit walau satu sen pun.

Wana ada memberitahu saya,pada awal permulaan beliau untuk menjana wang online,beliau hanya sering ke hulu dan hilir serta pergi dan pulang ke Cyber café untuk mempromosi blog.Oh kiranya masih keluar kos..kos untuk bayar Cyber Café! : )

Apakah program yang disertai oleh rakan saya ini yang mana tanpa modal pun beliau boleh buat duit hingga lebih RM1,000 sebulan?Jawapannya ialah :
Google Adsense!

YA.Wana sebenarnya menyertai program Google Adsense secara part time. Menurut beliau, program ini amat mudah untuk disertai dan sesuai untuk semua golongan terutama  pelajar yang ingin mencari duit saku. Ia percuma untuk disertai dan kita hanya perlu letakkan iklan di blog untuk mula jana pendapatan.

Namun ada 3 perkara utama yang telah Wana kongsikan dengan saya jika kita mahu jana wang dengan adsense.Kita perlu berdisiplin dalam usaha untuk mempromosi blog..kita perlu konsisten dengan kerja yang kita lakukan ..kita perlu sabar dengan proses yang perlu kita lalui dalam menjana wang adsense.

Menurut Wana lagi,pada awal penglibatan beliau dengan Google Adsense,memang tidak dinafikan seolah-olah banyak perkara dan jalan yang beliau usahakan tidak menjadi. Antara pengalaman pahit beliau ialah pernah diban Google,pernah mendapat warning keras dari google kerana blog mempunyai banyak fraud click dan yang paling menyedihkan dalam satu-satu masa usaha promosi yang dilakukan tiada hasil…malah tiada pelawat yang klik adsense beliau!

Dengan ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang ada,sekarang Wana sudah pun menjana wang adsense secara konsisten walaupun ia bukan dilakukan secara part time. Dengan peruntukan masa kurang dari 3 jam sehari dan hanya menumpukan perhatian kepada satu blog tunggal beliau di hujung minggu,setiap usaha beliau nyatanya berhasil.

Pada hari ini, Wana telah berkongsi dengan saya secara ekslusif bagaiamana beliau menjana wang adsense. Segala teknik dan taktik telah beliau jelaskan satu per satu dalam bentuk rakaman video dan secara bertulis melalui panduan beliau iaitu Kod Adsense.Klik di sini untuk ke laman web Wana >> http://www.kodadsense.com

Monday, December 6, 2010

Pengarah syarikat rokok keretek saman kastam RM15j

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengimport rokok keretek memfailkan saman berjumlah RM15 juta terhadap pegawai kastam dan empat yang lain kerana menyita 23,347 karton rokok keretek miliknya di Pelabuhan Klang dan Padang Besar, Perlis.

Roslan Abu Bakar, 46, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 November lalu dan menyerahkan pernyataan tuntutan itu kepada defendan semalam. Media turut memperoleh dokumen itu di sini semalam.

Saman itu difailkan melalui Tetuan J R Ravendran & Assoc. Roslan adalah plaintif pertama dan syarikat Ramunus Sdn Bhd yang mempunyai lesen menjalankan perniagaan mengimport rokok kretek dari Indonesia adalah plaintif kedua.

Kedua-duanya menamakan Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh, keduanya pegawai kanan Kastam di bahagian penguatkuasaan di Dengkil, Selangor, sebagai defendan pertama dan kedua manakala Mohamad Sapian Sanusi yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 di tempat yang sama sebagai defendan ketiga.

Ketua Pengarah Kastam dan Kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai defendan keempat dan kelima.

Dalam saman itu, Roslan menuntut suatu perisytiharan penyitaan rokok kretek miliknya di gudang konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di gudang perniagaannya di Subang Jaya dan di gudang NCER, Padang Besar, Perlis adalah di luar kuasa Akta Kastam 1967.

Roslan mendakwa, berikutan penyitaan itu kontrak syarikatnya dengan Kongkang Enterprise di Thailand dibatalkan pada 15 Oktober lalu hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,470,400.

Thursday, November 18, 2010

Penggodam Malaysia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit di ASn

NEW YORK: Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara AS.

Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'. - AFP

Monday, November 8, 2010

Aliran modal asing dijangka beralih ke Malaysia

FRANKLIN Templeton Investments, antara firma pengurusan dana terbesar dunia, menjangka aliran modal asing global akan beralih secara besar-besaran ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan dasar monetarinya.

Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

FRANKLIN Templeton Investments, antara firma pengurusan dana terbesar dunia, menjangka aliran modal asing global akan beralih secara besar-besaran ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan dasar monetarinya.

Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
"Kemungkinan besar perlonggaran kuantitatif dasar monetari AS itu akan memberi manfaat kepada negara membangun dan sebahagian besar wang itu akan mengalir ke pasaran negara terbabit,” katanya pada satu sesi perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur, semalam.
Perlonggaran kuantitatif adalah dasar monetari yang digunakan bank pusat untuk meningkatkan penawaran wang dalam sistem perbankannya.

Ia lazimnya dibuat menerusi pembelian semula bon kerajaan untuk menstabil atau meningkatkan harganya, justeru menyebabkan kadar faedah jangka panjang menurun.

Pada 3 November lalu, Rizab Persekutuan AS mengumumkan akan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi negara itu dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonominya.

Menurut bank pusat AS itu, ia akan membeli bon perbendaharaan AS bernilai kira-kira AS$75 bilion (RM232 bilion) setiap bulan sehingga Jun tahun depan - langkah yang mengurangkan tekanan terhadap mata wang AS serta menjadikan eksport negara itu lebih berdaya saing, tetapi juga boleh mencetuskan kebimbangan terhadap perang mata wang.

Saturday, November 6, 2010

Muhyiddin syor setiap rakyat miliki kemahiran tambahan

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran tambahan yang dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus memastikan negara memiliki tenaga kerja setaraf negara maju.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu penting kerana pada masa ini lebih 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa memiliki kemahiran yang diperlukan bagi membantu mereka memasuki bidang pekerjaan.
“Itu pandangan saya supaya setiap orang sekurang-kurangnya mempunyai satu kemahiran asas seperti dimiliki negara maju lain kerana tenaga kerja yang mempunyai nilai tambah dan berkemahiran penting untuk kita mencapai sasaran menjadi negara maju,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor 2010 di Pagoh, dekat sini semalam, Muhyiddin berkata, kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat untuk belajar pelbagai kemahiran menerusi kursus jangka pendek termasuk di kolej komuniti seluruh negara.

Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Mukim Gersik di Ledang selepas itu, beliau meminta orang ramai menguasai maklumat dan memahami dasar kerajaan bagi menangkis dakyah pihak tertentu terutama pembangkang yang memutarbelitkan isu sehingga boleh menjejaskan usaha membangunkan negara.

“Tak pernah kita (kerajaan) nak bawa sesuatu kesan buruk, tak pernah kita mahu merosakkan hidup rakyat dan bawa bencana. Dasar kita sejak dulu untuk rakyat, malangnya pembangkang sengaja menyalah tafsir dengan kata kerajaan tak telus, tak bantu rakyat, lebih tertumpu pada kepentingan suku sakat dan pelbagai lagi tohmahan,” katanya.

Saturday, October 9, 2010

Fx Pro Expert BMO V1.0 & V2.0

Bercerita mengenai Fx Pro Expert BMO V1.0 dan V2.0, memang tidak dinafikan bahawa EA ini telah pun melangkah jauh kehadapan memberikan keuntungan kepada pembelinya. Ia dilakukan secara automatik dan pantauan untuk melihat keuntungan yang dihasilkan oleh EA ini.

Berikut adalah hasil yang dibuat oleh EA ini :

Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai EA ini, sila ke http://www.tube-traffic.net

Ini adalah hasil yang dihantar oleh salah seorang pembeli Fx Pro Expert BMO dan hasil yang diperolehi amat memberansangkan.

Sunday, September 26, 2010

Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah

Manja rasa terpanggil untuk hebohkan satu tempat yang memerlukan bantuan dari sesiapa jua yang ingin membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan. Manja amat bersimpati pada yang ada didepan mata berbanding yang jauh diluar negara. Sekiranya rakyat sendiri tak dibantu, siapa lagi yang ingin membantu?

Sebagai contoh, ahli keluarga anda didalam kesusahan, dan orang yang jauh pun dalam kesusahan. Adakah anda mendahulukan orang yang jauh? Tapi itu pandangan Manja yang merujuk kepada perkara yang dianggap remeh, tetapi amat berat bagi mereka yang inginkan bantuan.

Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah - Adalah pusat penjagaan anak-anak yatim dan yang memerlukan. Sebagai rakyat dan masyarakat, adakah anda sanggup membiarkan anak-anak yatim tadi dibiarkan dan menyenangkan orang yang berada diluar negara dengan membantu dengan nilai jutaan ringgit disalurkan dengan kerelaan anda? Mengapa jutaan ringgit tadi tidak disalurkan kepada pusat-pusat masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi keperluan asas dan harian? Maknanya, kebanyakan dari kita lebih mementingkan orang luar dari pentingkan masyarakat sendiri. Baiklah, Manja tidak mahu sesuatu isu akan membuatkan perpecahan berlaku.

Salah satu pusat jagaan yang ingin Manja kongsikan adalah Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah. Pusat jagaan ini amat memerlukan bantuan yang sama-sama kita boleh salurkan kepada mereka.

Barangan Keperluan Harian Penghuni Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah :
1. Beras
2. Gula
3. Tepung
4. Minyak
5. Rempah Ikan dan Daging
6. Teh, Kopi, Milo dan Susu
7. Sardin
8. Telur
9. Sabun Basuh Baju, Sabun Mandi dan Ubat Gigi
10. Pampers Drypers Size (M)
11. Susu Bayi Lactogen
12. Biskut
13. Bedak
14. Bawang
15. Asam
16. Garam
17. Cabai Kering

Barangan Keperluan Asas Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah :
1. Komputer
2. Meja Belajar
3. Tilam
4. Bantal
5. Selimut
6. Katil Kanak-kanak
7. Kipas
8. Pakai Budak Lelaki dan Perempuan
9. Almari Baju
10. Sofa
11. Kerusi dan Meja

Jika anda seorang yang perihatin, hubungi HP: 012-9170508/017-5978642.

Mungkin keperluan yang disenaraikan di atas tidak lengkap, sekurang-kurangnya itu adalah sebahagian kecil dari apa yang ingin kita berikan kepada mereka. Adakah anda sayang wang ringgit anda disalurkan kepada pusat-pusat jagaan? Dan adakah anda tidak sayang membantu dan dengan rela hati orang yang jauh di luar negara? Sebagai rakyat prihatin, lihat dahulu yang ada di depan mata. Hargai dan sayangi masyarakat sendiri dahulu dan bantu. Sebagai renungan Manja, rakyat Malaysia sebenarnya memang prihatin kepada kesusahan negara orang, tetapi tidak prihatin kepada kesusahan masyarakat sendiri. Itulah kebenarannya. Bye

Monday, September 20, 2010

Wang Poket Sentiasa Masuk Setiap Hari

Ini adalah review yang telah Manja buat untuk laman web Bisnes Pantas

Manja telah terpanggil kerana mempromosi dan membuat review tentang laman web tersebut dan telah memulakan operasinya bermula hari ini 20/09/2010. Apa yang membuatkan Manja tertarik untuk membuat review adalah kerana sistem yang dibuat oleh Saudara Blalang mampu memberikan pulangan kepada sesiapa yang mendaftar dan aktifkan keahlian mereka.

Ini bermakna, ia boleh menjana pendapatan kepada yang inginkan Part Time yang mudah dan senang untuk mereka yang belum memiliki sebarang Biz Internet. Apa yang menariknya adalah biarpun anda tidak memiliki laman web, anda juga mampu meraih keuntungan dengan menyertai affiliate yang telah disediakan. Dengan berbekalkan laman web replika, anda tidak perlu membangunkan laman web baru, tetapi hanya dapatkan laman web replika tersebut dan buat promosi sahaja. Tahukah anda bahawa sekiranya anda telah mendaftar dan mengaktifkan keahlian, anda boleh meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit.

Ini bermaksud anda akan dapat komisyen RM30 hasil jualan produk.
Jika anda telah mendapat downline seramai 3 orang, income anda akan
bertambah secara automatik apabila level-level di bawahnya yang join.
Jika level ini telah lengkap sebanyak 10 level, bonus anda sudah mencecah
hampir RM90,000!

Apa yang lebih istimewa lagi sistem ini adalah gabungan dari 4 sistem yang hebat.

Apa yang patut anda tahu mengenai sistem ini ialah:

1. Downline datang secara automatik
2. Produk utamanya adalah satu ilmu yang lengkap mengenai google adsense
from zero to hero!
3. Setakat ini sudah ada 10 orang ahli berbayar, maka peluang mereka mendapat
bonus adalah lebih terdahulu dari mereka yang daftar kemudian.
4. Program ini adalah program berterusan
5. Program ini adalah milik saya sendiri (blalang), anda tidak perlu risau program
ini adalah scam!
6. Saya akan mula mengiklan di google dan FB esok atau lusa jadi peluang anda
mendapat downline secara automatik adalah besar.
7. Jika anda rajin membuat promosi link affiliate anda, peluang buat duit adalah
lebih cepat.

Cepat mendaftar sebelum org lain mendaftar kerana anda adalah diberi keutamaan menduduki tempat teratas.

Bisnes Pantas salah satu bisnes internet yang mudah dan senang. Jika ingin memulakan bisnes internet, mulakan dari sekarang dengan mendaftar melalui link tersebut.

Sebagai renungan, Manja telah memberikan satu jalan dan potensi bagi anda yang ingin menjana pendapatan melalui internet. Buat bisnes selepas raya, dapat duit poket, hati senang, tanpa tekanan dan kenapa tunggu lagi? Mulakan sekarang. Bye

Sunday, September 19, 2010

Renungan Untuk Yang Pandai Bercakap

Kisah ini tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ini sekadar renungan sahaja. Sekiranya cerita ini dapat membantu memulihkan cara berfikir, syukur alhamdulillah. Satu rahmat kepada semua yang membacanya.

Dalam satu kampung yang aman damai, tinggal seorang guru matematik bernama Cikgu Amin bersama keluarganya dalam sebuah rumah yang agak sederhana besarnya. Setiap hari guru ini dikunjungi oleh pelajar-pelajarnya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah matematik ketika habis masa persekolahan.

Di waktu persekolahan, masa mengajar di kelas, Cikgu Amin sentiasa memberikan setiap kerja dan formula supaya murid-murid yang diajarnya berlatih dan melatih menghafal formula tersebut supaya tidak lupa.

Disebalik kebanyakan murid didalam kelas tersebut, terdapat salah seorang murid tersebut boleh dikategorikan sebagai seorang yang lemah dalam matematik. Semua formula yang di ajar tidak mudah untuknya ikuti biarpun berjam-jam Cikgu Amin mengajarnya tanpa rasa jemu. Mungkin bagi pendapat penulis, murid tadi mempunyai masalah untuk menumpukan matapelajaran tersebut.

Sebagai guru, Cikgu Amin sentiasa memberikan perhatian kepada murid-murid yang lemah dan sentiasa mengulang balik apa yang diajarnya supaya murid-murid di dalam kelas tersebut dapat memperolehi ilmu matematik sepenuhnya. Pelbagai kaedah diberikan dan motivasi diberikan bagi memberikan semangat supaya murid-murid kelasnya menjadi yang terbaik.

Suatu hari Cikgu Amin telah memanggil muridnya yang lemah tadi masuk ke dalam pejabatnya dan bertanya masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Ini adalah soalan dan jawapan yang diperolehi dari tinjauan yang dibuat.

Cikgu Amin : Kenapa awak tidak berminat dalam matapelajaran matematik, adakah susah untuk diikuti?

Murid : Ya cikgu, kalau saya buat pun, saya tetap macam ni juga. Rasanya saya tetap gagal biarpun saya belajar.

Cikgu Amin : Jika awak sentiasa mengulangkaji, menghafal dan sentiasa membuat latihan, awak akan pandai. Ujian semester pertama dah hampir, dah buat persiapan ke?

Murid : Langsung saya tak buat. Terima kasih cikgu, saya balik kelas.

Selang beberapa bulan, ujian semester pertama dijalankan dan keputusan yang diperolehi murid tersebut telah gagal. Adalah menjadi pengajaran, murid tersebut hanya pandai bercakap dan membuat isu-isu yang menimbulkan sesuatu agar orang percaya pada pendapatnya dan mewar-warkan kepada orang supaya guru tersebut tidak bagus dan tak pandai mengajar. Ia membuktikan bahawa dirinya telah gagal dalam ujian semester.

Cikgu Amin hanya bersabar biarpun banyak tomahan dan percaya suatu hari nanti murid tersebut akan faham dan belajar dari kesilapannya.

Kesimpulan yang diperolehi dari cerita di atas adalah, jangan hanya pandai bercakap dan menyebarkan sesuatu sehingga menyebabkan sesuatu keburukan. Fikirkan dahulu dan belajar menerima dan bersabar serta belajar dari kesilapan. Fikir-fikirkanlah renungan ini. Hasil tulisan ini tidak melibatkan sesiapa samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, hanya sebagai bacaan dan renungan sahaja.

Thursday, September 16, 2010

Wanita kena saman tiada lesen ‘mengamuk’

GEORGETOWN: Akibat berang disaman polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen, seorang wanita bertindak agresif dengan cuba menyerang media dan membaling kasut ke arah mereka, kelmarin.

Dalam operasi Bersepadu Khas Ambang I Malaysia di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, yang bermula jam 10.30 malam itu, wanita berusia 30-an terbabit disaman selepas gagal menunjukkan lesen seperti diarahkan.

Wanita terbabit yang tidak berpuas hati kerana gambarnya dirakam sekumpulan media kemudian mengeluarkan kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak membaling kasut.

Operasi bersepadu itu membabitkan 75 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Wan Aziz Wan Hussien berkata, dalam operasi itu sebanyak 228 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan selain menyita 28 motosikal.

Beliau berkata, lima lelaki turut ditahan kerana didapati positif dadah dan mabuk di tiga lokasi berasingan membabitkan Jalan Tanjung Tokong, Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Kesimpulan yang dapat kita perlu huraikan adalah wanita tersebut perlu sedar atas kesilapan yang dibuatnya dan cuba perbaiki dengan membuat atau masuk sekolah memandu selepas raya ni. Dengan mengamuk sudah pasti tidak memberikan apa-apa makna melainkan banyak perkara yang berkemungkinan berlaku terhadapnya. Berhati-hati ketika memandu, pastikan semua dokumen diri lengkap, jangan melawan arus. :)

Tuesday, September 14, 2010

Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermuhasabah diri dan renung kesilapan

PERNAHKAH anda menyambut lebaran tanpa isteri tersayang di sisi atau menyambut lebaran dalam keadaan hubungan dengan pasangan bagai telur di hujung tanduk? Adakah lebaran kali ini disambut tanpa suami atau anak-anak di sisi?

Keadaan ini mungkin dirasai pasangan yang sudah bercerai atau sedang menghadapi krisis rumah tangga dan mungkin akan bercerai. Keadaan ini sudah atau akan dialami isteri yang suaminya mengamalkan poligami dan lebaran tahun ini bukan gilirannya.
Keadaan ini juga pernah dan mungkin dialami ibu atau bapa terpaksa berpisah dengan anak kerana berlaku perceraian. Bagi anda yang pernah melalui pengalaman ini, walaupun pahit, namun ia mempunyai hikmah tersembunyi yang hanya dalam pengetahuan Allah.

Menyusuri sejarah Aidilfitri, ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat masyarakat di sana merayakan dua hari raya diwarisi sejak zaman jahiliah iaitu ‘Nairus’ dan ‘Nahrajan’ dengan mengadakan pesta, majlis tari-menari, minum arak serta hidangan juadah mewah.

Rasulullah SAW tidak menghalang terus masyarakat berhari raya tetapi Baginda mengubah sambutan perayaan ke arah lebih bermanfaat dan menjadi suatu ibadah kepada Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasai yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menukar kedua-dua hari raya dengan hari besar yang lebih baik iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”
Nilai baik daripada kedua-dua hari raya ini ialah mewujudkan hubungan antara hamba dengan Tuhan Yang Maha Pencipta dengan bertakbir dan silaturahim sesama makhluk melalui amalan bermaafan.

Pada hari raya juga kita menunjukkan simpati kepada golongan tidak bernasib baik dengan membayar zakat fitrah, bersedekah, bermaafan antara satu sama lain supaya manusia terhindar daripada perpecahan dan permusuhan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakanmu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan dari kedua-duanya Allah mengembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang (dengan nama-Nya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu.” (Surah An-Nisa’, ayat 1)

Sempena hari yang mulia ini, marilah bersama bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih. Biarlah keruh di hulu kita jernihkan di muara. Bagi pasangan yang sudah bercerai, usahlah jadikan perceraian sebab untuk terus membenci satu sama lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Pasangan yang sedang menghadapi krisis, jadikanlah Aidilfitri sebagai pencetus untuk bermaafan antara satu sama lain, kembali bermuhasabah diri dan merenung kesilapan dilakukan serta berusaha untuk mengubahnya. Masih belum terlambat untuk memulihkan kerukunan dan menyelamatkan rumah tangga yang sedang diuji Allah.

Menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain adalah salah satu ciri ketakwaan kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang berbuat perkara baik.” – (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Isteri yang suami tiada di sisi sewaktu lebaran, bersabarlah dan anggaplah ini suatu ujian Allah Hakikatnya, anda kuat untuk menerima ujian.

Kepada yang membenci wanita lain dikatakan ‘merampas’ suami anda, tidak akan rugi apa-apa jika di Aidilfitri ini anda beri kemaafan kepada wanita itu.
Dendam terhadap perkara lampau sehingga menjejaskan hubungan sebenarnya menyalahi perintah Allah untuk mencintai sesama muslim.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” – (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Buat ibu bapa yang sebelum ini menjadi pemutus atau penghalang bapa dan ibu anak anda berjumpa, jadikanlah Aidilfitri sebagai titik noktah. Usahlah anda jadi pemutus silaturahim kerana hubungan ibu bapa dengan anak tidak terputus.

Hindarkan diri menjadi rakan kepada Iblis Dasim yang sangat benci kepada rumah tangga yang rukun dan bahagia, sebaliknya mengajak suami isteri melakukan kemaksiatan terhadap Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” – (Surah al-An’am)

Marilah bersama mencipta sejarah kebaikan pada hari lebaran mulia ini.
Setidak-tidaknya untuk kita kenang di usia tua, diceritakan kepada anak apabila mereka besar kelak dan paling penting, mendapat keampunan dan keredaan Allah.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Boleh dihubungi di talian sekretariat PGSM 03-2274 1499 atau email ke sekretariatpgsm@yahoo.com

Monday, September 13, 2010

Wang Poket Habis Kerana Raya Sakan

Mungkin tajuk kurang sesuai, tetapi ia amat tepat buat masa ini. Segala persiapan raya telah terlaksana dan tanggungjawab telah ditunaikan. Raya tidak kira raya apapun memang menjadi lumrah iaitu mesti buat biar sedap mata memandang dan jangan kira duit poket keluar berapa pun, janji asal nampak bergaya dan eksklusif sikit.

Itu cerita sebelum raya, ini cerita selepas raya pula. Ramai yang mengadu dan tulis email kat Manja mengenai masalah mereka. Masalah besar dan nombor satu adalah kewangan dan kedua adalah sumber kewangan dan ketiga part time atau kerja sampingan. Mari kita bincangkan isu-isu ini secara satu persatu, dan kemudian kita akan buat kesimpulan mengenai masalah ini. Mungkin kita boleh dan dapat menyelesaikannya dengan cara ini.

Merenung kembali kisah kawan-kawan Manja yang balik beraya ni, rasa sedih dan tak tahu nak cakap ape. Mengadu dan merungut disebabkan masalah yang ingin dipaparkan di atas.

Kita selesaikan dulu masalah pertama. Masalah kewangan, masalah ini bagaikan jadi satu tradisi dari satu tahap ke satu tahap. Tiada orang yang boleh menyelesaikan masalah ini sekiranya tidak diselesaikan oleh orang tu sendiri. Cuma apa yang dapat kita lakukan adalah dengan memberikan cadangan dan pendapat agar masalah tersebut dapat dibuat dengan kadar segera. Peringatan, jangan meminjam dengan ALONG.

Masalah kedua yang patut diselesaikan adalah mencari sumber kewangan. Sumber kewangan yang sesuai adalah satu faktor yang penting jika membuat pinjaman. Kenapa perlu membuat pinjaman? Jawapan ade dalam minda anda.

Part Time adalah masalah ketiga yang patut diselesaikan. Ini berlaku selepas raya, barulah orang-orang kita ni mencari kerja sambilan sebagai sumber kedua. Mengapa perkara ini selalunya berlaku? Kenapa tidak melakukannya sebelum ini dan sambung je selepas raya, kan senang. Ini bukan nak marah, tapi hanya sebagai luahan saja.

Saturday, September 11, 2010

Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 Bermula 13/09/2010

Kepada semua yang telah mendaftar Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 tetap berjalan dengan lancar dan pendaftaran dibuka kembali biarpun tarikh tutup pendaftaran telah ditutup pada 11/09/2010.

Pendaftaran ini dibuka sehingga 14/09/2010 jam 12.00 tengahari kerana ramai yang menghantar email kepada Manja disebabkan masih bercuti raya. Atas keprihatinan pihak Manja dan BMO, pendaftaran dilanjutkan sehingga selasa ini. Sila baca syarat dan terma untuk mendaftar Cabaran Uji Trader.

Thursday, September 9, 2010

Budaya Bisnes Jepun Sama Dengan Melayu

Asal dari MindaBistari Oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim :

Minggu lalu, saya telah menarik perhatian pembaca kepada perlunya Melayu membebaskan perniagaan daripada campurtangan politik dan kepentingan individu. Tujuannya ialah mengelakkan berulang ketirisan dan kebocoran ekuiti seperti banyak berlaku sebelum ini, setelah dasar penswastaan dilancarkan secara agresif.

Dalam konteks Melayu yang masih lemah mengurus bisnes serta bersaing di pasaran terbuka, dasar penswastaan menekankan keutamaan pemindahan hak milik kerajaan menerusi pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu dan swasta Melayu mengakibatkan banyak pegangan ekuiti terlepas kepada orang lain.

Kosnya pula sangat tinggi, sama ada dari segi kewangan, pembaziran sumber dan kerugian akibat kehilangan masa serta terlepas bisnes ke tangan orang lain.

Antara contoh kesilapan apabila Agensi Pembangunan Bandar atau UDA perlu dihidupkan semula, setelah melalui proses penswastaan sebelum ini.

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya pada ketika itu terdapat pengaruh ideologi politik liberal yang mencontohi amalan di Braitin dan Amerika Syarikat (AS). Model ekonomi liberal mendominasi pemikiran tidak senang dengan peranan kerajaan dalam ekonomi.

Malah mereka berpandangan negatif terhadap penglibatan kerajaan dalam bisnes, sekalipun bertujuan menyeimbangkan keadaan.

Saya percaya satu lagi pengaruh besar, berpunca daripada kalangan bukan Melayu khasnya sektor bisnes Cina menganjurkan kerajaan tidak terlibat dalam bisnes.

Mereka dilihat meremehkan mana-mana tindakan kerajaan menjayakan agenda sosial seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua program melibatkan kerajaan untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan lemah.

Pandangan anti-GLC dan penglibatan kerajaan dalam bisnes daripada perspektif orang Cina perlu kita fahami dengan lebih mendalam.

Ia terbit daripada perspektif minda, konteks budaya dan perspektif hidup yang berbeza. Ia tidak semestinya diinterpretasikan sebagai bersifat anti-Melayu. Bagi saya ia mencerminkan nilai hidup yang menzahirkan budaya bisnes orang Cina di mana-mana, termasuk di negara China.

Untuk menjelaskan perbezaan budaya ini lebih lanjut, saya memetik pandangan penulis Cina keturunan Taiwan yang memerhatikah berbezaan oraganisasi bisnes Cina berbanding Jepun. Chin Ning-Chu dalam bukunya "The Asian Mine Game" menyatakan "....one Chinese look like a dragon. But when three Chinese get together, each one look like a pig. One Japanese look like a pig, while three Japanese look like a dragon."

Sememangnya telah tertanam dalam minda orang Cina, khasnya di seberang laut tidak meyakini kerajaan. Mereka tidak menyenangi semua pihak berkuasa, terutama kerajaan diterajui orang bukan Cina.

Penulis Cina menyatakan antara sebabnya untuk mengelak membayar cukai tinggi serta menjamin rahsia kepentingan bisnes daripada diketahui orang luar, termasuk sesama Cina.

Ramai berpendapat ini berlaku kerana budaya dan nilai hidup orang Cina berpaksi kepada institusi keluarga yang menjadi tunggak. Orang Cina mempercayai ahli keluarga dan kaum kerabat daripada orang lain.

Dalam kata lain, pada umumnya Cina merupakan masyarakat yang tidak mengutamakan jemaah. Keluarga dan individu lebih diutamakan berbanding masyarakat atau bangsa.

Justeru, bisnes Cina sengaja memilih keluarga sebagai teras organisasi dan sekiranya terdapat korporat gergasi di kalangan mereka, ia kerap berpaksi kepada milik keluarga. Atas dasar ini, satu keluarga bersaing sengit dengan keluarga lain.

Di peringkat individu Cina, masing-masing tidak mahu kalah, bersifat kiasu dan menurut Chin Ning-Chu, berkelakuan seperti babi apabila mereka ramai.

Ini mungkin punca kenapa persepsi dan ideologi masyarakat Cina di Malaysia umumnya negatif dan tidak senang terhadap mana-mana anjuran kerajaan atau GLC ke dalam bisnes, lalu membangkitkan anti-GLC dan pro-penswastaan.

Malangnya, diperhatikan ramai Melayu terbawa-bawa dan terpengaruh dengan pendirian yang baik buat bisnes orang Cina tidak semestinya baik untuk Melayu mengikut amalan budaya Melayu dan pegangan nilai Islam.

Terdapat perbezaan asas nilai budaya, minda dan persepsi Melayu, khasnya sebagai Muslim. Perbezaan ini sama dengan perbezaan antara nilai hidup dan budaya Jepun berbanding Cina, seperti digambarkan Chin Ning-Chu.

Nilai budaya Jepun kelihatan lebih banyak persamaan dengan Melayu. Jepun juga mengutamakan kepentingan besar masyarakat dan berbudaya jemaah.

Itu sebabnya Jepun menyusun strategi bisnes dengan memilih corak organisasi berbeza dengan Cina. Mereka cenderung membina organisasi korporat dan memasyarakatkan kepentingan besar bisnes.

Sebagai contoh, syarikat Matsushita dan Toyota, sekalipun asalnya dimiliki keluarga Matsushita dan Toyoda, apabila membesar, diberi dokongan penuh institusi Jepun dengan sumber modal besar daripada institusi termasuk bank dan insuran dan syarikat perdagangan Sogo Shosha.

Hari ini keluarga Toyoda, pengasas Toyota memiliki saham tidak lebih dua peratus dalam syarikat yang menjadi syarikat pembuat kereta paling berjaya di dunia.

Bahagian terbesar saham dimiliki institusi serta badan-badan untuk memiliki kepentingan masyarakat ramai Jepun.

Dengan demikian, kuasa politik oleh Melayu harus mengambil kira perbezaan budaya Melayu sebagai Muslim yang mengutamakan sistem berjemaah.

Justeru, susunan strategi untuk kejayaan bisnes tidak boleh mengikut sepenuhnya cara orang Cina.

Budaya politik Melayu perlu sedar hakikat ini dan menterjemahkannya ke dalam strategi menjayakan agenda bisnes Melayu.

Tegasnya, budaya politik Melayu perlu diubah. Ia tidak lagi harus didominasi mereka yang cuma memperjuangkan politik untuk kepentingan peribadi.

Hadis Rasulullah tegas menyatakan : "Apabila tiga orang Islam keluar berjalan, hendaklah seorang daripadanya dijadikan imam (pemimpin)". Ini mementingkan umatnya berjemaah. Dalam konteks bisnes, anjuran ini menekankan supaya kita mengambil pendekatan "bunyanun marsus".

(Al-Quran, Surah As Saff, Ayat 4), yang bermaksud kita diminta menyusun barisan seolah-olah berada dalam "satu binaan tersusun kukuh".

Kesimpulannya, faktor utama merosakkan perjuangan membina kekuatan ekonomi dan dapat menyelamatkan Melayu daripada terus tercicir terletak pada budaya politik di golongan berkuasa.

Jika kita selama ini lemah, puncanya kerana budaya politik di golongan yang melemahkan.

Misalnya, budaya politik yang hanya mengikut dan meniru saja segala rentak dan cara Cina (atau Barat) berbisnes, tanpa menyelami kesannya memudaratkan kepentingan Melayu.

Pemikiran mempengaruhi ideologi politik seperti ini wajib dirombak dan diketepikan. Kejayaan bisnes untuk membina kekuatan serta keperkasaan ekonomi Melayu tidak dicapai selagi ideologi politik dan susunan strategi tidak didasarkan kepada kaedah diserasikan dengan minda Melayu.

Selagi ini berlaku, akan terdapat konflik, sama ada dalam individu terbabit, mahupun semua anggota masyarakat. Kesannya, perpaduan Melayu terancam dan sukar hendak disatukan kembali.

Selain itu, jika sikap mementingkan individu diteruskan, ia menjadi punca utama majoriti Melayu menganggap ramai ahli perniagaan, bisnes dan korporat dalam masyarakat sendiri bersikap rakus.

Selagi dasar penswastaan kepada kepentingan individu dan agresif diperjuangkan, dan selagi GLC serta peranan institusi dinafikan, selagi itu kita akan berpecah dan berkonflik.

Pakej dasar dan strategi tidak boleh memandang ringan usaha membela kepentingan Melayu sebagai masyarakat jemaah dengan membiarkan budaya politik Melayu mengenepikan amalan dan tanggungjawab kepimpinan.

Penulis ialah mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. http://www.businessjihat.com

Wednesday, September 8, 2010

Cabaran Uji Trader Siri 1/2010

Pengumuman Penting!!

Kepada semua Pelanggan BMO yang dihormati. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari pihak BMO, Admin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan atau apa jua yang membuatkan anda tersinggung atau tidak dapat dilaksanakan, harap dimaafkan. Berhati-hati ketika didalam perjalanan pulang menyambut hariraya bersama keluarga.

Kini pihak BMO telah melebarkan sayap dengan membuat beberapa program menarik untuk semua pelanggan BMO kerana disamping membeli produk Fx Pro Expert BMO, Khidmat Trading dan Alert Layang Menjunam Online, pihak BMO telah melancarkan satu lagi program khas iaitu setiap 2 minggu bermula 13/09/2010 memulakan kempen Cabaran Uji Trader.

Cabaran Uji Trader adalah satu program khas untuk menguji sejauh mana teknik dan gaya masing-masing bagi melakukan trading secara live. Ia dibuka kepada Pelanggan BMO dan bukan pelanggan BMO. Alat bantuan lain dibenarkan dan ia adalah untuk memudahkan Trader melakukan trading.

Ia bukan saja menguji kepintaran dan kemahiran Trader-Trader baru dan lama, tetapi pihak BMO menawarkan hadiah khas jika ujian tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak BMO menawarkan hadiah bernilai RM3500 sebagai ganjaran kemenangan apabila Trader yang mengutip nilai tertinggi dalam akaunnya melebihi Trader-Trader lain. Keputusan akan dipaparkan melalui Blog Si-Manja.blogspot.com .
Sekiranya terdapat nilai yang sama di dalam akaun, undian akan dilakukan oleh pihak BMO bagi memilih pemenang.

Syarat-syarat untuk Uji Trader adalah seperti di bawah :

1. Anda dikehendaki membuka akaun baru dari InstaForex terlebih dahulu melalui link yang diberikan ini. Dan hantar maklumat seperti Nama, No Tel, No Login, Password kepada pihak BMO bagi melihat dan mengikuti perkembangan bakal pemenang.

2. Hantar maklumat yang diminta ke pencetakwang sebelum 11/09/2010.

3. Modal dalam akaun dalam ujian ini adalah 100 USD sahaja.

4. Bayaran untuk Uji Trader RM350 sahaja.

5. Sekiranya akaun MC, dibenarkan membuat deposit dengan kadar yang sama iaitu 100 USD dan hendaklah diberitahu kepada pihak BMO terlebih dahulu.

6. Ujian ini dilaksanakan selama 2 minggu bermula tarikh yang ditetapkan oleh pihak BMO.

7. Keputusan berdasarkan dari Account History (Statment) pemenang dan akan dilampirkan di ruang blog Si-Manja.blogspot.com dan Tube-Traffic.net. Keputusan akan dilampirkan pada 28/09/2010.

8. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank2u atau Mesin ATM dan lampirkan bukti bayaran bersama maklumat lain ke pencetakwang@gmail.com

9. No Akaun Maybank : 162526099414 – Md Yakub bin Abd Ghani
Daftar sekarang kerana 50 orang pertama untuk fasa ini akan diuji kemantapan dan kemahiran melakukan trading.

Jika ingin mencuba dan menerima cabaran dari BMO, daftar untuk Cabaran Uji Trader Siri 1/2010. Daftar sekarang.

Mengapa Yahudi Lebih Bijak Dalam Semua Hal?

Isu ini baru saya kemukakan pada hari ini selepas saja sampai kat kampung halaman, saya terus buka laptop dan taip kerana ia adalah amat menarik untuk direnung dan difikirkan. Bukan untuk mengikut tatacara dan adap budaya mereka, tetapi sekadar untuk dibaca. Baiklah, Manja telah ambil artikel ini hasil kajian dari kawan Manja dulu. Sebagai renungan Manja, kawan-kawan boleh terjemahkan dengan lebih mendalam jika terdapat kesilapan dan harap dimaafkan.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Semoga Renungan Si Manja ini dapat membuka minda sedikit, tetapi ambil ikhtibar apa yang disampaikan dan jangan mengikut adap dan adat budaya mereka. Pilih kearah ketimuran dan amalkan budaya sendiri. Bye

Tuesday, September 7, 2010

Bermula Modal 100 USD Menjadi 3000 USD Dalam Masa 3 Hari

Kisah ini bukan satu angan-angan atau cerita kosong. Ini sebenarnya cerita yang Manja ingin paparkan sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampung kejap lagi. Cerita ini sebenarnya apa yang telah Manja buat dari hari jumaat lepas sehinggalah sebentar tadi lebih kurang pukul 8 malam.

Apa yang sebenarnya Manja ingin ceritakan adalah mengenai Alert Layang Menjunam Online. Sebelum ini Manja sendiri tak bagi alert kat semua orang, tapi disebabkan keperihatinan Manja kepada yang selalu akaun MC tu.

Bermula dengan modal hanya 100 USD, Manja buat trade mengikut alert yang dibuat melalui Alert Layang Menjunam Online. Syukur alhamdulillah, lebih kurang 1 minggu saja Manja boleh perolehi sehingga 3000 USD, tapi sebenarnya lebih lagi. Percaya atau tidak, tak perlu uji di akaun demo, tapi buat terus di akaun real.

Itulah dunia Forex. Manja fikir itulah part time Manja buat masa ni, tolong buat trade pun buat juga, tapi buat trade akaun sendiri memang rasa perggghh, tak tahan tengok bila dapat tengok close profits je boleh dapat lebih 3 angka. Rasa tukar size dan tamak tu memang ade, tapi kena ikut alert je, memang power la. Dapat kow-kow beb.

Tapi apa pun, kena daftar dulu la kalau nak follow Alert Layang Menjunam ni. Rasa tak menyesal bila dah dapat pulangan, memang berbaloi, bayar daftar sekali je, boleh dapat alert tanpa perlu bayar ulangan pula tu. Nak tau hasil untuk 2 hari punya? Cuba tengok hasil yang telah Manja letakkan kat blog ni, bukan bermegah atau nak bangga, tapi kalau rasa nak mencuba Alert Layang Menjunam Online, jangan perlu tunggu lama. Jom kita gempak kan Alert Layang Menjunam ni. Rasanya Manja dapat cerita menarik dari pihak BMO yang akan menganjurkan satu pertandingan iaitu akaun yang paling tinggi membuat trade akan menerima hadiah lumayan. Tapi Manja pertandingan ini akan bermula dan syarat2 yang perlu ada. Layari link ini : http://www.tube-traffic.net/ujitrader.htm

Oklah, mungkin sehari dua lagi kalau dapat info, Manja akan bagi tau kat kawan2 ye. Selalu la datang blog ni, sebab ada benda terkini yang akan disampaikan kepada anda semua. Bye

Monday, September 6, 2010

Suasana Hari Raya Di Kampung Halaman

Bercerita mengenai suasana hariraya di kampung halaman ni memang agak menarik, kerana ramai dari kalangan kawan-kawan Manja tak dapat balik kampung dan tak nak balik kampung. Mesti ade cerita yang menarik saya ceritakan mengapa kawan-kawan Manja tak balik kampung.

Lagu raya last2 minit ni sentiasa berkumandang di corong-corong radio, sehinggakan lagu-lagu biasa yang kita sering dengar agak sesak nafas untuk diudarakan. hehehe almaklumlah raya tinggal 1-2 hari lagi. Lagu-lagu syahdu ni la yang buat ramai orang tak senang duduk time kerja, asyik gatal je rasa hati dan kaki nak balik kampung. Kalau yang bekerja di Kuala Lumpur nak balik utara tu rasanya sekarang ni dah agak sesak lebuhraya tu. Masing-masing nak balik cepat, takut tak sempat nak wat dodol, pasang langsir dan bersihkan halaman rumah.

Tapi lain pula dengan keadaan kawan saya yang dua orang ni, semuanya tak nak balik raya, sanggup duduk rumah sewa semata-mata tak nak balik raya. Tapi hati tetap nak balik beraya gak. Kisahnya taklah terlalu panjang lebar untuk dikongsi, cukup sekadar dapat di ambil ikhtibar sahaja.

Kehidupan mereka agak sederhana dan kedua2nya memiliki ciri2 kepada biar papa asal bergaya. Sebab tu la kedua2 kawan saya ni tak balik kampung. Kisah disebabkan membuat pinjaman bank dan boros. Gaji dah dapat, bonus pun dah dapat, nampak gayanye enjoy la beb.

Biasalah, time gaji dan bonus dapat 2 minggu sebelum raya, jadi duit kat tangan tak tahan lama, gatal je tangan nak beli itu ini. Boros2 pun, nasib baik la ade motor EX5 untuk ulangalik gi keje. Kalau tidak, nasib la kene naik bas tiap hari. Kalau habis duit, jalan kaki la gi keje...menangis beb.

Ini pun dah kira bernasib baik sebab bil2 yang ada kat rumah sewa tu dah siap bayar, dapur pun berasap sebab dah beli macam2, tak la kebulur time cuti raya nanti. Biasalah, kedai tutup time tu, susah nak cari barang dapur.

Sikap boros nilah yang sebenarnya Manja ingin ceritakan kepada semua orang bahawa jika kita simpan sedikit duit, Manja rasa dapatlah balik beraya di kampung. Biarpun tak banyak, sekurang2nya dapat bersama keluarga dan mencium tangan mak ayah di pagi raya tu rasanya terasa tangisan gembira yang tidak dapat digambarkan kepada sesiapa.

Kawan2 saya tu tahun ni tak balik kampung, tengok muka nampak sedih je. Tapi nak buat camane kan, tabiat dan sikap tu perlu diubah supaya tahun depan dapat beraya dengan mak ayah.

Cuba bayangkan sekiranya kawan2 saya ni kalau dah kahwin esok, tapi tabiat dan sikap tadi masih tidak dikikis, apa yang akan berlaku pada anak-anak dan isteri? Manja tunggu jawapan dari anda.

Sempena hari raya ni, dikesempatan ini Manja memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan makan minum tu harap dihalalkan. Di hariraya ni jangan lupa dan jangan terlalu boros berbelanja kerana selepas raya nanti tak balik KL beb. Jangan sampai poket kering, tol dan minyak siape nak tolong bayar? Jimat sikit agar tiada masalah nanti.

Oklah, mungkin esok atau lusa saya ceritakan bab yang lain pula. Bye

Sunday, September 5, 2010

Daftar Akaun InstaForex, Dapat Hadiah Misteri Secara Percuma.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa dalam dunia forex, sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu kaya atau lebih senang diistilahkan sebagai senang la.

Mengapa pula ramai yang kata sekiranya main forex, kita boleh jadi kayap? Itu adalah andaian yang salah sebenarnya. Orang yang berfikir secara cetek akan membiarkan dirinya dan akan melebarkan sayap kecetekan mindanya kepada orang lain mengenai keburukan forex. Tetapi mengapa orang seperti ini tidak dihadirkan untuk menghadiri kelas forex agar tanggapannya boleh ditukar kepada forex telah menjadikan saya senang dan sekiranya ada kesempatan, saya nak ajak atau ajar orang untuk menjadi senang dengan forex. Sememangnya memang patut dibuat kelas untuk orang-orang seperti ini.

Saya ada seorang kawan yang berfikiran seperti ini bagi memberikan gambaran kepada kawan-kawan lain mengenai keburukan forex. Jadi tempias kepada sebaran seperti inilah menyebabkan ruang mereka menambah pendapatan berkurangan atau tiada langsung dalam hati.

Bayangkanlah, biarpun sedikit pendapatan yang diperolehi dari forex, tetapi berbaloi sekiranya anda melebarkan kaki untuk membuat part time yang terpaksa mengeluarkan peluh serta penat apabila balik rumah. Adakah berbaloi pendapatan harian yang diperolehi? Jika anda membuat pilihan diantara keduanya, anda boleh memperolehi jawapan tersebut.

Saya tidak marah jika orang tidak masuk atau membuat sebarang part time, tetapi apa yang membuatkan saya menjadi tak sedap hati bila apa yang kita buat untuk menambah pendapatan pada diri sendiri dan keluarga, ada yang menjadi penyibuk. Apapun part time anda, anda sendiri yang tentukan, cuba elakkan orang yang sentiasa menyibuk tetapi satu habuk pun takde.

Saya hanya mengajak anda, tetapi bukan memaksa. Cuma ingin berkongsi kerana banyak kelebihan dan keistimewaan melalui forex. Saya ingin memberikan hadiah misteri secara percuma kepada anda apabila anda telah mendaftar melalui link banner InstaForex di dalam blog ini. Selepas anda mendaftar, anda claim hadiah misteri dari saya melalui email ini : pencetakwang@gmail.com

Cuma isi akaun anda dengan hanya 30 USD, barulah anda hantar maklumat yang tertera di bawah.

Perkara yang patut anda hantar seperti di bawah :

Nama Penuh, Alamat, No Tel, No Akaun InstaForex dan Email.

Sekiranya anda mendaftar di tempat lain atau no akaun InstaForex lama, saya akan tolak permintaan hadiah misteri tadi. Ini kerana saya beranggapan bahawa biarlah kita jujur, pendapatan yang akan kita perolehi dari forex nanti mendapat berkat. Daftar sekarang!!

Menjelang Sebelum Raya 2010

Mungkin ramai yang telah membuat cuti raya buat masa ni, tapi masih memikirkan kos selepas raya. Buat masa ini, rasanya masing-masing tidak memikirkan berapa kos yang keluar pun takpe. Sebabnya semua nak bergaya di hariraya nanti.

Masing-masing nak perlihatkan kehebatan dan semuanya kelihatan baru. Kurang rasanya kalau sofa, langsir, baju raya, kereta dan sebagainya kalau tak ditukar. Rasa macam dah tak bergaya langsung. Semuanya hendak ditukar kepada yang baru, itulah satu budaya sebenarnya.

Bagaimana pula selepas ini (Selepas raya) untuk menempuh secara keseluruhannya, adakah benda-benda tersebut masih lagi ada saki baki di kedai-kedai atau di mana-mana? Aduh, sakit lagi kepala, dah la anak-anak ramai, ditambah pula ngan hutang keliling pinggang nak bayar situ sini. Rasa dugaan terlalu besar dibuatnya.

Bagi yang bergaji besar, atau ade syarikat sendiri tu rasanya tak ralat semua tu, kalau la yang buat ni seorang yang hanya makan gaji dan bergaji kecil, dibebani pula dengan hutang, saya fikir tak payah terlalu banyak benda nak ditukar atau dibeli, cukup sekadar apa yang mampu sahaja. Ukur baju di badan sendiri.

Ramai yang terlepas pandang part time yang mudah dan memberikan keuntungan sebelum raya menjelang. Jika kerajaan dan swasta dah berikan bonus, itu rasanya dalam jumlah yang kecil dan tidak berbaloi jika dibawa untuk shopping sakan. Tapi keperluan yang penting selepas bercuti raya terutamanya yang balik bekerja. Apa salahnya buat part time dengan menambah pendapatan agar posisi anda sebelum dan selepas raya nanti dalam kedudukan yang selesa.

Pening dan runsing kepala rasanya dapat dikurangkan, jadi langkah awal kena buat part time sikit, dapatlah belanja lebih sikit time raya ni, betul tak?

Sempena hari raya yang bakal menjelang, sebelum balik kampung tu kena periksa kenderaan, biar dalam keadaan yang baik. Rumah pula janganlah ditinggalkan dengan keadaan yang ala kadar, keselamatan luar dalam perlu sebelum meninggalkan rumah.

Apapun jika dalam perjalanan nanti berasa mengantuk, berehat dahulu di hentian yang disediakan. Pastikan rehat yang mencukupi sebelum meneruskan perjalanan. Saya doakan agar semua yang balik kampung dapat sampai dengan selamat. Dan kembali selepas bercuti dengan perasaan yang gembira tanpa ada masalah.

Beraya ikut bajet, bukan ikut nafsu dan kehendak tetapi untuk keperluan sahaja. Jadikan Raya 2010 sesuatu yang menarik serta tidak membazir. Bye
Powered by Blogger.

Info Terkini :

Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.

Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.

Iklan Penaja :

Renungan Si Manja © 2010 - 2011 Hakcipta Terpelihara:
Renungan Si Manja