Pelbagai perkara dikupas untuk dijadikan sebagai bahan cerita dan diketengahkan kepada semua. Jika ia menjadi sesuatu yang baik, apa salahnya dikongsikan bersama. Atas permintaan ramai, apa-apa jenis info akan dipaparkan melalui blog ini.
NEW YORK: Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.
Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.
Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara AS.
Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.
Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'. - AFP
FRANKLIN Templeton Investments, antara firma pengurusan dana terbesar dunia, menjangka aliran modal asing global akan beralih secara besar-besaran ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan dasar monetarinya.
Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
FRANKLIN Templeton Investments, antara firma pengurusan dana terbesar dunia, menjangka aliran modal asing global akan beralih secara besar-besaran ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan dasar monetarinya.
Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
"Kemungkinan besar perlonggaran kuantitatif dasar monetari AS itu akan memberi manfaat kepada negara membangun dan sebahagian besar wang itu akan mengalir ke pasaran negara terbabit,” katanya pada satu sesi perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur, semalam.
Perlonggaran kuantitatif adalah dasar monetari yang digunakan bank pusat untuk meningkatkan penawaran wang dalam sistem perbankannya.
Ia lazimnya dibuat menerusi pembelian semula bon kerajaan untuk menstabil atau meningkatkan harganya, justeru menyebabkan kadar faedah jangka panjang menurun.
Pada 3 November lalu, Rizab Persekutuan AS mengumumkan akan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi negara itu dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonominya.
Menurut bank pusat AS itu, ia akan membeli bon perbendaharaan AS bernilai kira-kira AS$75 bilion (RM232 bilion) setiap bulan sehingga Jun tahun depan - langkah yang mengurangkan tekanan terhadap mata wang AS serta menjadikan eksport negara itu lebih berdaya saing, tetapi juga boleh mencetuskan kebimbangan terhadap perang mata wang.
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran tambahan yang dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus memastikan negara memiliki tenaga kerja setaraf negara maju.
Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu penting kerana pada masa ini lebih 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa memiliki kemahiran yang diperlukan bagi membantu mereka memasuki bidang pekerjaan.
“Itu pandangan saya supaya setiap orang sekurang-kurangnya mempunyai satu kemahiran asas seperti dimiliki negara maju lain kerana tenaga kerja yang mempunyai nilai tambah dan berkemahiran penting untuk kita mencapai sasaran menjadi negara maju,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor 2010 di Pagoh, dekat sini semalam, Muhyiddin berkata, kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat untuk belajar pelbagai kemahiran menerusi kursus jangka pendek termasuk di kolej komuniti seluruh negara.
Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Mukim Gersik di Ledang selepas itu, beliau meminta orang ramai menguasai maklumat dan memahami dasar kerajaan bagi menangkis dakyah pihak tertentu terutama pembangkang yang memutarbelitkan isu sehingga boleh menjejaskan usaha membangunkan negara.
“Tak pernah kita (kerajaan) nak bawa sesuatu kesan buruk, tak pernah kita mahu merosakkan hidup rakyat dan bawa bencana. Dasar kita sejak dulu untuk rakyat, malangnya pembangkang sengaja menyalah tafsir dengan kata kerajaan tak telus, tak bantu rakyat, lebih tertumpu pada kepentingan suku sakat dan pelbagai lagi tohmahan,” katanya.
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Iklan Penaja :
Info Si Manja :
Dapatkan Info-info terkini melalui blog ini setiap hari untuk mengikuti perkembangan semasa yang di tulis oleh Si Manja.