Harimau Malaya seperti memberikan 'Markah Kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.
Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.
Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.
Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke 72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak 'sporting' sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.
Si Manja
Kenali Si Manja
- Si Manja
- Hanya seorang yang baru dalam dunia penulisan blog. Mungkin akan mencetuskan sesuatu yang amat bernilai kepada pembaca dan pelawat.
Pages
Pautan Bersama :
Ingin Bertukar Link? Hantar link anda ke cetakwang@hotmail.com dan pastikan link blog ini telah anda letakkan ke blog anda. Terima kasih.
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Bersama Si Manja
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Adakah Malaysia Berjaya Menembusi Gawang Indonesia?
Si Manja tidaklah dikatakan sebagai seorang yang tidak berminat sangat pasal bola, tetapi Si Manja tetap berbangga sekiranya pasukan kita dapat mengalahkan pasukan Indonesia rabu ini. Dari sudut hati, tetap menyokong pasukan kita.
Ini sebagai ramalan biasa kepada sesiapa jua yang menjadi penyokong kepada pasukan sendiri. Kekadang penyokong-penyokong agak fanatik sedikit, ini yang menjadikan sesuatu perkara diluar jangkaan. Perlukah ia dielakkan? Sekiranya perlu, patut dibendung melalui rakan yang berada disebelah, tetapi rakan disebelah pun ikut sama. Almaklumlah, takut kawan tadi terasa hati lak kan.
Jangkaan Pasukan Malaysia yang bertandang ke Jakarta menentang Pasukan Indonesia berkesudahan dengan Malaysia 2 - 1 Indonesia. Ini berdasarkan kepada pemerhatian, jika pasukan kita ditempat lawan, terutamanya di Indonesia, pasukan kita pastinya akan diserang terlebih dahulu untuk mendapatkan gol pendahuluan. Yang pasti pasukan kita goyang seketika bila ditembusi dengan jaringan 1-0 untuk Masa Pertama. Masa Kedua, kebangkitan pasukan Malaysia pastinya tidak dapat dibendung bila Safee menjaringkan satu gol melalui sepakan kencang dari luar petak penalti dan sebelum wisel penamat ditiup, satu gol sendiri tercipta menerusi tendangan sudut.
:) Jaringan pertama Indonesia dijaringan oleh Gonzales. Dan kesudahannya agreget 5-1 memihak kepada pasukan Malaysia.

Saturday, December 25, 2010
Tindakan jika tak mula sesi persekolahan ikut jadual
KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
“Justeru, jika ada sekolah yang gagal berbuat demikian, surat tunjuk sebab akan diberikan kepada pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.
Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.
Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.
“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan Negara,” katanya.

Friday, December 24, 2010
Raja yakin lawan lebih tertekan
KETIKA K Rajagobal membayangkan Indonesia akan tertekan kerana beraksi pertama kali di luar gelanggang keramat mereka Stadium Gelora Bung Karno, pengurus pasukannya Andi Darussalam bingkas menafikannya.
“Saya yakin pemain tidak berdepan masalah walaupun pertama kali beraksi di luar Jakarta. Sama saja sama ada bermain di Kuala Lumpur atau Jakarta,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Seperti Malaysia yang pasti mendapat sokongan penyokong sendiri, saya yakin penyokong setia kami juga akan hadir meniup semangat pemain. Jika pemain Malaysia bersemangat untuk menang, pemain kami juga akan turun dengan matlamat sama,” katanya.
Pada peringkat kumpulan, Indonesia yang mendapat sokongan 80,000 penonton beraksi gagah di tempat sendiri apabila menjuarai kumpulan dengan mengumpul sembilan mata maksimum selepas menang dalam ketiga-tiga perlawanan.
Skuad bimbingan Alfred Riedl itu bagaimanapun tidak perlu bermain di luar dalam saingan separuh akhir apabila lawan yang ditentang, Filipina gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria, sekali gus menyaksikan kedua-dua perlawanan timbal balas diadakan di Gelora Bung Karno.
Andi juga menyifatkan perlawanan final kali ini pasti klasik dan menarik kerana pertemuan kedua-duanya sentiasa mencuri tumpuan.
“Saya yakin pemain tidak berdepan masalah walaupun pertama kali beraksi di luar Jakarta. Sama saja sama ada bermain di Kuala Lumpur atau Jakarta,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Seperti Malaysia yang pasti mendapat sokongan penyokong sendiri, saya yakin penyokong setia kami juga akan hadir meniup semangat pemain. Jika pemain Malaysia bersemangat untuk menang, pemain kami juga akan turun dengan matlamat sama,” katanya.
Skuad bimbingan Alfred Riedl itu bagaimanapun tidak perlu bermain di luar dalam saingan separuh akhir apabila lawan yang ditentang, Filipina gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria, sekali gus menyaksikan kedua-dua perlawanan timbal balas diadakan di Gelora Bung Karno.
Andi juga menyifatkan perlawanan final kali ini pasti klasik dan menarik kerana pertemuan kedua-duanya sentiasa mencuri tumpuan.
Tuesday, December 21, 2010
Kos Zero,Untung Ratusan Dollar.Bagaimana?
Untuk posting hari ini saya ingin mengajak anda untuk bercakap-cakap perkara-perkara yang menyenangkan hati dalam usaha untuk menjana pendapatan online!
: )
Jika saya tanya kepada anda,pembaca blog saya yang setia,adakah anda mahu untuk memulakan perniagaan internet dengan sepenuhnya dengan tiada kos namun keuntungan yang anda dapat mencecah hingga ke ribuan ringgit(ratusan dollar) setiap bulan?
Saya yakin tiada yang berkata “NO” untuk soalan saya ini.
Memang tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan online dengan tiada kos namun anda masih lagi mampu menjana duit online.
Screen Shot ini telah diambil daripada akaun rakan saya,Wana.Beliau merupakan antara kenalan saya yang mana berjaya menjana pendapatan online sehingga ratusan dollar secara part time sahaja.
Wana memulakan langkah awal beliau untuk menjana wang online dengan tanpa modal.Ini termasuklah tiada modal untuk pemasaran,tiada modal untuk blog dan juga tiada modal untuk mendaftar line internet untuk kegunaan harian!
Biar saya ceritakan serba sedikit tentang rakan saya ini.Wana yang berusia 23 tahun ini agak terdesak untuk mencari wang tambahan. Jadi beliau berusaha untuk belajar bagaimana untuk dapatkan wang online tanpa melaburkan duit walau satu sen pun.
Wana ada memberitahu saya,pada awal permulaan beliau untuk menjana wang online,beliau hanya sering ke hulu dan hilir serta pergi dan pulang ke Cyber café untuk mempromosi blog.Oh kiranya masih keluar kos..kos untuk bayar Cyber Café! : )
Apakah program yang disertai oleh rakan saya ini yang mana tanpa modal pun beliau boleh buat duit hingga lebih RM1,000 sebulan?Jawapannya ialah :
Google Adsense!
YA.Wana sebenarnya menyertai program Google Adsense secara part time. Menurut beliau, program ini amat mudah untuk disertai dan sesuai untuk semua golongan terutama pelajar yang ingin mencari duit saku. Ia percuma untuk disertai dan kita hanya perlu letakkan iklan di blog untuk mula jana pendapatan.
Namun ada 3 perkara utama yang telah Wana kongsikan dengan saya jika kita mahu jana wang dengan adsense.Kita perlu berdisiplin dalam usaha untuk mempromosi blog..kita perlu konsisten dengan kerja yang kita lakukan ..kita perlu sabar dengan proses yang perlu kita lalui dalam menjana wang adsense.
Menurut Wana lagi,pada awal penglibatan beliau dengan Google Adsense,memang tidak dinafikan seolah-olah banyak perkara dan jalan yang beliau usahakan tidak menjadi. Antara pengalaman pahit beliau ialah pernah diban Google,pernah mendapat warning keras dari google kerana blog mempunyai banyak fraud click dan yang paling menyedihkan dalam satu-satu masa usaha promosi yang dilakukan tiada hasil…malah tiada pelawat yang klik adsense beliau!
Dengan ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang ada,sekarang Wana sudah pun menjana wang adsense secara konsisten walaupun ia bukan dilakukan secara part time. Dengan peruntukan masa kurang dari 3 jam sehari dan hanya menumpukan perhatian kepada satu blog tunggal beliau di hujung minggu,setiap usaha beliau nyatanya berhasil.
Pada hari ini, Wana telah berkongsi dengan saya secara ekslusif bagaiamana beliau menjana wang adsense. Segala teknik dan taktik telah beliau jelaskan satu per satu dalam bentuk rakaman video dan secara bertulis melalui panduan beliau iaitu Kod Adsense.Klik di sini untuk ke laman web Wana >> http://www.kodadsense.com
Labels:
buat duit,
dollar,
duit online,
kod adsense,
menjana pendapatan online
Monday, December 6, 2010
Pengarah syarikat rokok keretek saman kastam RM15j
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengimport rokok keretek memfailkan saman berjumlah RM15 juta terhadap pegawai kastam dan empat yang lain kerana menyita 23,347 karton rokok keretek miliknya di Pelabuhan Klang dan Padang Besar, Perlis.
Roslan Abu Bakar, 46, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 November lalu dan menyerahkan pernyataan tuntutan itu kepada defendan semalam. Media turut memperoleh dokumen itu di sini semalam.
Saman itu difailkan melalui Tetuan J R Ravendran & Assoc. Roslan adalah plaintif pertama dan syarikat Ramunus Sdn Bhd yang mempunyai lesen menjalankan perniagaan mengimport rokok kretek dari Indonesia adalah plaintif kedua.
Kedua-duanya menamakan Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh, keduanya pegawai kanan Kastam di bahagian penguatkuasaan di Dengkil, Selangor, sebagai defendan pertama dan kedua manakala Mohamad Sapian Sanusi yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 di tempat yang sama sebagai defendan ketiga.
Ketua Pengarah Kastam dan Kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai defendan keempat dan kelima.
Dalam saman itu, Roslan menuntut suatu perisytiharan penyitaan rokok kretek miliknya di gudang konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di gudang perniagaannya di Subang Jaya dan di gudang NCER, Padang Besar, Perlis adalah di luar kuasa Akta Kastam 1967.
Roslan mendakwa, berikutan penyitaan itu kontrak syarikatnya dengan Kongkang Enterprise di Thailand dibatalkan pada 15 Oktober lalu hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,470,400.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.
Info Terkini :
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.