Pelbagai perkara dikupas untuk dijadikan sebagai bahan cerita dan diketengahkan kepada semua. Jika ia menjadi sesuatu yang baik, apa salahnya dikongsikan bersama. Atas permintaan ramai, apa-apa jenis info akan dipaparkan melalui blog ini.
KETIKA K Rajagobal membayangkan Indonesia akan tertekan kerana beraksi pertama kali di luar gelanggang keramat mereka Stadium Gelora Bung Karno, pengurus pasukannya Andi Darussalam bingkas menafikannya.
“Saya yakin pemain tidak berdepan masalah walaupun pertama kali beraksi di luar Jakarta. Sama saja sama ada bermain di Kuala Lumpur atau Jakarta,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Seperti Malaysia yang pasti mendapat sokongan penyokong sendiri, saya yakin penyokong setia kami juga akan hadir meniup semangat pemain. Jika pemain Malaysia bersemangat untuk menang, pemain kami juga akan turun dengan matlamat sama,” katanya.
Pada peringkat kumpulan, Indonesia yang mendapat sokongan 80,000 penonton beraksi gagah di tempat sendiri apabila menjuarai kumpulan dengan mengumpul sembilan mata maksimum selepas menang dalam ketiga-tiga perlawanan.
Skuad bimbingan Alfred Riedl itu bagaimanapun tidak perlu bermain di luar dalam saingan separuh akhir apabila lawan yang ditentang, Filipina gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria, sekali gus menyaksikan kedua-dua perlawanan timbal balas diadakan di Gelora Bung Karno.
Andi juga menyifatkan perlawanan final kali ini pasti klasik dan menarik kerana pertemuan kedua-duanya sentiasa mencuri tumpuan.
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Iklan Penaja :
Info Si Manja :
Dapatkan Info-info terkini melalui blog ini setiap hari untuk mengikuti perkembangan semasa yang di tulis oleh Si Manja.
0 comments:
Post a Comment