Bercerita mengenai suasana hariraya di kampung halaman ni memang agak menarik, kerana ramai dari kalangan kawan-kawan Manja tak dapat balik kampung dan tak nak balik kampung. Mesti ade cerita yang menarik saya ceritakan mengapa kawan-kawan Manja tak balik kampung.
Lagu raya last2 minit ni sentiasa berkumandang di corong-corong radio, sehinggakan lagu-lagu biasa yang kita sering dengar agak sesak nafas untuk diudarakan. hehehe almaklumlah raya tinggal 1-2 hari lagi. Lagu-lagu syahdu ni la yang buat ramai orang tak senang duduk time kerja, asyik gatal je rasa hati dan kaki nak balik kampung. Kalau yang bekerja di Kuala Lumpur nak balik utara tu rasanya sekarang ni dah agak sesak lebuhraya tu. Masing-masing nak balik cepat, takut tak sempat nak wat dodol, pasang langsir dan bersihkan halaman rumah.
Tapi lain pula dengan keadaan kawan saya yang dua orang ni, semuanya tak nak balik raya, sanggup duduk rumah sewa semata-mata tak nak balik raya. Tapi hati tetap nak balik beraya gak. Kisahnya taklah terlalu panjang lebar untuk dikongsi, cukup sekadar dapat di ambil ikhtibar sahaja.
Kehidupan mereka agak sederhana dan kedua2nya memiliki ciri2 kepada biar papa asal bergaya. Sebab tu la kedua2 kawan saya ni tak balik kampung. Kisah disebabkan membuat pinjaman bank dan boros. Gaji dah dapat, bonus pun dah dapat, nampak gayanye enjoy la beb.
Biasalah, time gaji dan bonus dapat 2 minggu sebelum raya, jadi duit kat tangan tak tahan lama, gatal je tangan nak beli itu ini. Boros2 pun, nasib baik la ade motor EX5 untuk ulangalik gi keje. Kalau tidak, nasib la kene naik bas tiap hari. Kalau habis duit, jalan kaki la gi keje...menangis beb.
Ini pun dah kira bernasib baik sebab bil2 yang ada kat rumah sewa tu dah siap bayar, dapur pun berasap sebab dah beli macam2, tak la kebulur time cuti raya nanti. Biasalah, kedai tutup time tu, susah nak cari barang dapur.
Sikap boros nilah yang sebenarnya Manja ingin ceritakan kepada semua orang bahawa jika kita simpan sedikit duit, Manja rasa dapatlah balik beraya di kampung. Biarpun tak banyak, sekurang2nya dapat bersama keluarga dan mencium tangan mak ayah di pagi raya tu rasanya terasa tangisan gembira yang tidak dapat digambarkan kepada sesiapa.
Kawan2 saya tu tahun ni tak balik kampung, tengok muka nampak sedih je. Tapi nak buat camane kan, tabiat dan sikap tu perlu diubah supaya tahun depan dapat beraya dengan mak ayah.
Cuba bayangkan sekiranya kawan2 saya ni kalau dah kahwin esok, tapi tabiat dan sikap tadi masih tidak dikikis, apa yang akan berlaku pada anak-anak dan isteri? Manja tunggu jawapan dari anda.
Sempena hari raya ni, dikesempatan ini Manja memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan makan minum tu harap dihalalkan. Di hariraya ni jangan lupa dan jangan terlalu boros berbelanja kerana selepas raya nanti tak balik KL beb. Jangan sampai poket kering, tol dan minyak siape nak tolong bayar? Jimat sikit agar tiada masalah nanti.
Oklah, mungkin esok atau lusa saya ceritakan bab yang lain pula. Bye
Si Manja
Kenali Si Manja
- Si Manja
- Hanya seorang yang baru dalam dunia penulisan blog. Mungkin akan mencetuskan sesuatu yang amat bernilai kepada pembaca dan pelawat.
Blog Archive
-
▼
2010
(24)
-
▼
September
(14)
- Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah
- Wang Poket Sentiasa Masuk Setiap Hari
- Renungan Untuk Yang Pandai Bercakap
- Wanita kena saman tiada lesen ‘mengamuk’
- Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermu...
- Wang Poket Habis Kerana Raya Sakan
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 Bermula 13/09/2010
- Budaya Bisnes Jepun Sama Dengan Melayu
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010
- Mengapa Yahudi Lebih Bijak Dalam Semua Hal?
- Bermula Modal 100 USD Menjadi 3000 USD Dalam Masa ...
- Suasana Hari Raya Di Kampung Halaman
- Daftar Akaun InstaForex, Dapat Hadiah Misteri Seca...
- Menjelang Sebelum Raya 2010
-
▼
September
(14)
Pages
Pautan Bersama :
Ingin Bertukar Link? Hantar link anda ke cetakwang@hotmail.com dan pastikan link blog ini telah anda letakkan ke blog anda. Terima kasih.
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Bersama Si Manja
Monday, September 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Info Terkini :
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.


0 comments:
Post a Comment