Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
FRANKLIN Templeton Investments, antara firma pengurusan dana terbesar dunia, menjangka aliran modal asing global akan beralih secara besar-besaran ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan dasar monetarinya.
Ketua Pelaburan Antarabangsanya, Stephen H Dover, berkata langkah rangsangan ekonomi AS itu akan menyebabkan pulangan kadar faedah jangka panjang di negara itu menurun, sekali gus akan menyebabkan dana asing beralih ke pasaran baru muncul untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Ia lazimnya dibuat menerusi pembelian semula bon kerajaan untuk menstabil atau meningkatkan harganya, justeru menyebabkan kadar faedah jangka panjang menurun.
Pada 3 November lalu, Rizab Persekutuan AS mengumumkan akan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi negara itu dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonominya.
Menurut bank pusat AS itu, ia akan membeli bon perbendaharaan AS bernilai kira-kira AS$75 bilion (RM232 bilion) setiap bulan sehingga Jun tahun depan - langkah yang mengurangkan tekanan terhadap mata wang AS serta menjadikan eksport negara itu lebih berdaya saing, tetapi juga boleh mencetuskan kebimbangan terhadap perang mata wang.


0 comments:
Post a Comment