Monday, February 14, 2011

ZBM Perfect World Mencari Bakal Stokis Diseluruh Negeri

Ramai yang tidak tahu dan terfikir bahawa ini adalah satu info niaga yang amat berguna bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga berdiri gagah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kali ini Si Manja kongsikan info niaga kepada semua rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dahulu.

Jika sebelum ini terdapat puluhan syarikat yang memberikan peluang seperti ini kepada bakal-bakal usahawan untuk berjaya dalam syarikat mereka. Si Manja teramat-amat setuju kerana dengan peluang yang diberikan oleh syarikat-syarikat besar yang terdapat dalam dan luar negara telah memberikan satu keputusan yang teramat baik kepada penduduk negara ini. Apa yang membuatkan Si Manja suka adalah masyarakat kita yang sedang menunggu pekerjaan atau menambah cabang kerjaya, peningkatan ekonomi mereka dapat dilihat telah meningkat secara berperingkat-peringkat.

Baiklah, Si Manja ingin bercerita sedikit mengenai satu syarikat yang menawarkan satu perniagaan yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga anda. Sedikit info ini ada kemungkinan besar memberikan anda membuka minda agar tidak menolak sesuatu yang teramat berharga ini.

ZBM Perfect World (M) Sdn. Bhd adalah satu syarikat yang baru telah membuka peluang perniagaannya kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan. Ia bakal dilancarkan dalam waktu yang terdekat untuk membolehkan lebih ramai yang datang mengambil peluang ini untuk menjadi usahawan.


Dengan memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Stokis, ia teramat-amat dialu-alukan oleh ZBM Perfect World. Bagaimana ia bermula? Dengan mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu, anda boleh terus memohon untuk menjadi Agensi/SubAgensi (Stokis/SubStokis). Peluang anda untuk menjadi usahawan berjaya adalah cerah apabila anda mengambil peluang untuk menjadi Agensi/SubAgensi. Apakah perbezaan Agensi dan SubAgensi?

Agensi : Stok permulaan RM50,000. Ia adalah jumlah minima bagi memulakan operasi sebagai stokis.

Sub Agensi : Sub Stokis dimulakan dengan modal RM5000 jumlah minima permulaan bagi memulakan operasi.

Mengapa peluang ini diberikan kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam keusahawanan? Sebab utamanya adalah ia syarikat baru 3 bulan dibuka dan bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Ini adalah satu peluang kepada bakal-bakal usahawan yang ingin mencari satu perniagaan yang baru. Ini petanda yang baik jika peluang ini diambil dengan menyambar peluang yang ada didepan mata.

Untuk persaingan, rasanya buat masa ini produk yang dikeluarkan oleh ZBM Perfect World belum mempunyai persaingan disebabkan ia masih baru. Untuk maklumat penuh mengenai ZBM Perfect World, layari http://www.zbm.com.my

Untuk mendaftar keahlian, dan menjadi stokis, sila layari http://www.iklansantai.com/zbm

Sunday, February 6, 2011

Adakah Anda Dah Bosan Dengan MLM Anda Sekarang, Mengapa?

Saya ada jawapannya bila diberikan soalan ini. Memang sesiapa pun berasa bosan dan agak terpinggir sekiranya keadaan ini berlaku. Mengapa?
Jika anda seorang leader hebat dalam MLM, tetapi anda sukar untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi kerana saingan upline anda terlalu ramai dan ini agak menyukarkan anda untuk mencapai hasrat tersebut.

Saya selalu berfikir, apakah keadaan dan kemungkinan leader-leader tersebut sekiranya terus bertahan dalam syarikat MLM tersebut sekiranya kedudukan pangkat dan kewangan yang diperolehinya tidak sampai ke matlamatnya. Ini bererti anda seharusnya keluar dan membuat satu pilihan serta mencari syarikat yang baru agar anda boleh menduduki tempat yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Tahukah anda bahawa jika syarikat yang telah lama bertahan dan mempunyai ramai keahlian dan rangkaian ke merata-rata tempat, anda sebenarnya telah mengalami satu kerugian yang teramat-amat besar dalam dunia MLM. Ini anda boleh fikir dan renungkan semula jika anda adalah orang yang baru atau pertengahan dalam syarikat MLM tersebut. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda berada di satu tempat atau syarikat MLM yang belum dikenali dan baru beroperasi dan bakal dilancarkan? Adakah anda berasa teramat rugi menyertainya? Sudah pasti anda akan berasa satu kerugian besar kerana mengabaikan satu peluang yang teramat bernilai untuk mencapai matlamat anda yang telah lama anda impikan.

Percaya atau tidak, syarikat MLM yang bakal dilancarkan sedang mencari leader-leader hebat untuk menyertainya bagi menggegarkan dunia MLM dengan kehadiran anda bersamanya. ZBM Perfect World adalah satu syarikat MLM yang baru dibuka untuk memberikan satu peluang yang besar kepada leader-leader baru dan lama untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka darisegi kewangan, kedudukan dan kesihatan.

Tahukah anda bahawa syarikat ini baru ditubuhkan pada bulan November 2010 yang lepas. Dan keahlian untuk ZBM Perfect World baru menjangkau 345 orang setakat ini. Dan adakah peluang ini dilepaskan begitu saja? Inilah yang dikatakan bahawa sekiranya anda bijak mengambil peluang, anda pastinya dengan cepat dan pantas bertindak menyambar peluang ini.

Saya percaya anda tidak rugi untuk mencubanya, peluang keemasan bagi penggemar MLM dan jika anda ingin menceburkan diri dalam perniagaan MLM, anda bakal mempunyai peluang yang teramat cerah bila bertindak mengambil peluang ini.

Dengan bermodalkan RM50 untuk keahlian + Produk RM30 = RM80. Anda sudah menjadi ahli seumur hidup. Tetapi adakah jika hanya dengan menjadi ahli biasa, anda boleh menjadi apa yang anda impikan? Tidak mungkin perkara tersebut akan tercapai. Bagaimana untuk mencapai hasrat dan impian tersebut? Jawapannya anda perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian anda akan dihubungi untuk penerangan Plan Marketing.

Seorang leader yang berjaya pasti mahukan Plan Marketing untuk perniagaan MLM dan bagaimana untuk berjaya. Apa yang penting adalah anda harus bertindak dari sekarang kerana anda bakal menggegarkan dunia MLM dalam syarikat ZBM Perfect World.

Bertindak sekarang untuk mendapatkan kedudukan terawal sebelum ia dilancarkan dalam masa yang terdekat. Daftar sekarang kerana anda bakal menjadi seorang leader hebat dalam ZBM Perfect World yang dibimbing oleh mereka yang terlatih dan mantap. Daftar diruangan link ini.


Biar siapapun anda, dari negara mana sekali pun, tetapi anda mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menjadikan impian dan hasrat anda tercapai, anda perlu bertindak dengan pantas menyambarnya. Apa yang pasti, peluang telah terbuka luas, ia tidak akan datang selalu, tetapi tindakan anda yang positif pasti mendatangkan sesuatu yang amat berharga kepada diri dan keluarga anda.

Friday, February 4, 2011

Operasi Piramid

Pesawat TUDM, MAS, AirAsia bersama kapal TLDM mula misi dengan kerjasama Indonesia

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam melancarkan Operasi Piramid bagi membawa keluar lebih 11,000 rakyat, terutama pelajar dari negara bergolak Mesir ke Jeddah, Arab Saudi dengan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat dan kapal syarikat swasta ke negara itu.

Operasi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Cooperation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia).
C130 Hercules akan berulang alik mengangkut mereka ke Jeddah dan ditempatkan di asrama Tabung Haji di sana sebelum pesawat komersial menerbangkan mereka pulang ke negara ini.
Pesawat pertama AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 petang semalam, diikuti C130 Hercules masing-masing pada jam 3 petang semalam dan 9.30 serta 10.30 malam tadi. MAS dijadualkan terbang jam 9.30 pagi ini dan dijangka tiba di Kaherah lapan jam selepas itu.

Operasi yang membabitkan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Indonesia itu membolehkan sesetengah rakyat Malaysia dan Indonesia di Kaherah, Iskandariah dan Mansourah menaiki pesawat MAS, AirAsia, TUDM dan Garuda yang dimiliki Kerajaan Indonesia dan sebaliknya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata operasi dilancarkan berikutan keselamatan di Kaherah sudah sampai pada tahap merah atau berbahaya dan kerajaan tidak mahu menunggu lebih lama untuk membawa keluar rakyat Malaysia.

Beliau berkata, perjalanan mereka dari tempat penginapan di Kaherah, Iskandariah, Mansourah dan beberapa tempat lain ke lapangan terbang serta pelabuhan, diuruskan 20 pegawai Kedutaan Malaysia dengan diselenggara Timbalan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay.
“Kita sudah meminta Kerajaan Mesir memberi jaminan keselamatan sepanjang perjalanan ke lapangan terbang dan pelabuhan,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu semalam.

Mengenai rungutan orang ramai, terutama waris pelajar yang mendakwa kerajaan lambat bertindak, beliau berkata, kesukaran sistem perhubungan menerusi internet di Mesir menimbulkan pelbagai kerumitan kepada Wisma Putra untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

“Saya sendiri tidak ke Mesir kerana jika ke negara itu, sukar untuk saya berhubung, apatah lagi dengan kedutaan negara lain kerana dalam keadaan begini, kita amat memerlukan kerjasama kedutaan negara lain. Bagaimanapun, Wisma Putra memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia walaupun ada beberapa kejadian penginapan mereka cuba dicerobohi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa tidak ke Mesir semata-mata untuk membawa anak mereka keluar kerana ada ibu bapa yang sudah berbuat demikian, tetapi terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Mengenai kesesakan talian Kedutaan Malaysia di Mesir dan bilik operasi Kementerian Luar di Putrajaya, Anifah berkata, ibu bapa harus bersabar kerana talian itu digunakan ribuan pengguna.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kapal dagang MISC yang berada di beberapa pelabuhan negara Teluk diminta membantu bagi mempercepatkan operasi.

“Kapal ini bersama KD Bunga Mas 5 akan bergerak secara konvoi ke Jeddah secepat mungkin. Pegawai kedutaan Malaysia di Mesir sedang menguruskan visa sementara bagi membolehkan pelajar kita ke Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke Malaysia menaiki pesawat komersial.

“Seboleh mungkin kita akan bawa keluar semua pelajar Malaysia dan kerajaan meminta semua pihak termasuk NGO turut membantu, termasuk menggunakan kepakaran masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Operasi Piramid membabitkan masing-masing 30 orang daripada Kementerian Pertahanan dan pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan 20 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar serta Jabatan Penuntut Malaysia.
Powered by Blogger.

Info Terkini :

Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.

Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.

Iklan Penaja :

Renungan Si Manja © 2010 - 2011 Hakcipta Terpelihara:
Renungan Si Manja