Kisah ini tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ini sekadar renungan sahaja. Sekiranya cerita ini dapat membantu memulihkan cara berfikir, syukur alhamdulillah. Satu rahmat kepada semua yang membacanya.
Dalam satu kampung yang aman damai, tinggal seorang guru matematik bernama Cikgu Amin bersama keluarganya dalam sebuah rumah yang agak sederhana besarnya. Setiap hari guru ini dikunjungi oleh pelajar-pelajarnya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah matematik ketika habis masa persekolahan.
Di waktu persekolahan, masa mengajar di kelas, Cikgu Amin sentiasa memberikan setiap kerja dan formula supaya murid-murid yang diajarnya berlatih dan melatih menghafal formula tersebut supaya tidak lupa.
Disebalik kebanyakan murid didalam kelas tersebut, terdapat salah seorang murid tersebut boleh dikategorikan sebagai seorang yang lemah dalam matematik. Semua formula yang di ajar tidak mudah untuknya ikuti biarpun berjam-jam Cikgu Amin mengajarnya tanpa rasa jemu. Mungkin bagi pendapat penulis, murid tadi mempunyai masalah untuk menumpukan matapelajaran tersebut.
Sebagai guru, Cikgu Amin sentiasa memberikan perhatian kepada murid-murid yang lemah dan sentiasa mengulang balik apa yang diajarnya supaya murid-murid di dalam kelas tersebut dapat memperolehi ilmu matematik sepenuhnya. Pelbagai kaedah diberikan dan motivasi diberikan bagi memberikan semangat supaya murid-murid kelasnya menjadi yang terbaik.
Suatu hari Cikgu Amin telah memanggil muridnya yang lemah tadi masuk ke dalam pejabatnya dan bertanya masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Ini adalah soalan dan jawapan yang diperolehi dari tinjauan yang dibuat.
Cikgu Amin : Kenapa awak tidak berminat dalam matapelajaran matematik, adakah susah untuk diikuti?
Murid : Ya cikgu, kalau saya buat pun, saya tetap macam ni juga. Rasanya saya tetap gagal biarpun saya belajar.
Cikgu Amin : Jika awak sentiasa mengulangkaji, menghafal dan sentiasa membuat latihan, awak akan pandai. Ujian semester pertama dah hampir, dah buat persiapan ke?
Murid : Langsung saya tak buat. Terima kasih cikgu, saya balik kelas.
Selang beberapa bulan, ujian semester pertama dijalankan dan keputusan yang diperolehi murid tersebut telah gagal. Adalah menjadi pengajaran, murid tersebut hanya pandai bercakap dan membuat isu-isu yang menimbulkan sesuatu agar orang percaya pada pendapatnya dan mewar-warkan kepada orang supaya guru tersebut tidak bagus dan tak pandai mengajar. Ia membuktikan bahawa dirinya telah gagal dalam ujian semester.
Cikgu Amin hanya bersabar biarpun banyak tomahan dan percaya suatu hari nanti murid tersebut akan faham dan belajar dari kesilapannya.
Kesimpulan yang diperolehi dari cerita di atas adalah, jangan hanya pandai bercakap dan menyebarkan sesuatu sehingga menyebabkan sesuatu keburukan. Fikirkan dahulu dan belajar menerima dan bersabar serta belajar dari kesilapan. Fikir-fikirkanlah renungan ini. Hasil tulisan ini tidak melibatkan sesiapa samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, hanya sebagai bacaan dan renungan sahaja.
Si Manja
Kenali Si Manja
- Si Manja
- Hanya seorang yang baru dalam dunia penulisan blog. Mungkin akan mencetuskan sesuatu yang amat bernilai kepada pembaca dan pelawat.
Blog Archive
-
▼
2010
(24)
-
▼
September
(14)
- Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah
- Wang Poket Sentiasa Masuk Setiap Hari
- Renungan Untuk Yang Pandai Bercakap
- Wanita kena saman tiada lesen ‘mengamuk’
- Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermu...
- Wang Poket Habis Kerana Raya Sakan
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 Bermula 13/09/2010
- Budaya Bisnes Jepun Sama Dengan Melayu
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010
- Mengapa Yahudi Lebih Bijak Dalam Semua Hal?
- Bermula Modal 100 USD Menjadi 3000 USD Dalam Masa ...
- Suasana Hari Raya Di Kampung Halaman
- Daftar Akaun InstaForex, Dapat Hadiah Misteri Seca...
- Menjelang Sebelum Raya 2010
-
▼
September
(14)
Pages
Pautan Bersama :
Ingin Bertukar Link? Hantar link anda ke cetakwang@hotmail.com dan pastikan link blog ini telah anda letakkan ke blog anda. Terima kasih.
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Bersama Si Manja
Sunday, September 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Info Terkini :
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.


0 comments:
Post a Comment