Mungkin ramai yang telah membuat cuti raya buat masa ni, tapi masih memikirkan kos selepas raya. Buat masa ini, rasanya masing-masing tidak memikirkan berapa kos yang keluar pun takpe. Sebabnya semua nak bergaya di hariraya nanti.
Masing-masing nak perlihatkan kehebatan dan semuanya kelihatan baru. Kurang rasanya kalau sofa, langsir, baju raya, kereta dan sebagainya kalau tak ditukar. Rasa macam dah tak bergaya langsung. Semuanya hendak ditukar kepada yang baru, itulah satu budaya sebenarnya.
Bagaimana pula selepas ini (Selepas raya) untuk menempuh secara keseluruhannya, adakah benda-benda tersebut masih lagi ada saki baki di kedai-kedai atau di mana-mana? Aduh, sakit lagi kepala, dah la anak-anak ramai, ditambah pula ngan hutang keliling pinggang nak bayar situ sini. Rasa dugaan terlalu besar dibuatnya.
Bagi yang bergaji besar, atau ade syarikat sendiri tu rasanya tak ralat semua tu, kalau la yang buat ni seorang yang hanya makan gaji dan bergaji kecil, dibebani pula dengan hutang, saya fikir tak payah terlalu banyak benda nak ditukar atau dibeli, cukup sekadar apa yang mampu sahaja. Ukur baju di badan sendiri.
Ramai yang terlepas pandang part time yang mudah dan memberikan keuntungan sebelum raya menjelang. Jika kerajaan dan swasta dah berikan bonus, itu rasanya dalam jumlah yang kecil dan tidak berbaloi jika dibawa untuk shopping sakan. Tapi keperluan yang penting selepas bercuti raya terutamanya yang balik bekerja. Apa salahnya buat part time dengan menambah pendapatan agar posisi anda sebelum dan selepas raya nanti dalam kedudukan yang selesa.
Pening dan runsing kepala rasanya dapat dikurangkan, jadi langkah awal kena buat part time sikit, dapatlah belanja lebih sikit time raya ni, betul tak?
Sempena hari raya yang bakal menjelang, sebelum balik kampung tu kena periksa kenderaan, biar dalam keadaan yang baik. Rumah pula janganlah ditinggalkan dengan keadaan yang ala kadar, keselamatan luar dalam perlu sebelum meninggalkan rumah.
Apapun jika dalam perjalanan nanti berasa mengantuk, berehat dahulu di hentian yang disediakan. Pastikan rehat yang mencukupi sebelum meneruskan perjalanan. Saya doakan agar semua yang balik kampung dapat sampai dengan selamat. Dan kembali selepas bercuti dengan perasaan yang gembira tanpa ada masalah.
Beraya ikut bajet, bukan ikut nafsu dan kehendak tetapi untuk keperluan sahaja. Jadikan Raya 2010 sesuatu yang menarik serta tidak membazir. Bye
Si Manja
Kenali Si Manja
- Si Manja
- Hanya seorang yang baru dalam dunia penulisan blog. Mungkin akan mencetuskan sesuatu yang amat bernilai kepada pembaca dan pelawat.
Blog Archive
-
▼
2010
(24)
-
▼
September
(14)
- Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah
- Wang Poket Sentiasa Masuk Setiap Hari
- Renungan Untuk Yang Pandai Bercakap
- Wanita kena saman tiada lesen ‘mengamuk’
- Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermu...
- Wang Poket Habis Kerana Raya Sakan
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 Bermula 13/09/2010
- Budaya Bisnes Jepun Sama Dengan Melayu
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010
- Mengapa Yahudi Lebih Bijak Dalam Semua Hal?
- Bermula Modal 100 USD Menjadi 3000 USD Dalam Masa ...
- Suasana Hari Raya Di Kampung Halaman
- Daftar Akaun InstaForex, Dapat Hadiah Misteri Seca...
- Menjelang Sebelum Raya 2010
-
▼
September
(14)
Pages
Pautan Bersama :
Ingin Bertukar Link? Hantar link anda ke cetakwang@hotmail.com dan pastikan link blog ini telah anda letakkan ke blog anda. Terima kasih.
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Bersama Si Manja
Sunday, September 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Info Terkini :
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.


2 comments:
selamat hari raya!!
Selamat hariraya juga, berhati2 di dalam perjalanan balik.
Post a Comment