Monday, December 6, 2010

Pengarah syarikat rokok keretek saman kastam RM15j

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengimport rokok keretek memfailkan saman berjumlah RM15 juta terhadap pegawai kastam dan empat yang lain kerana menyita 23,347 karton rokok keretek miliknya di Pelabuhan Klang dan Padang Besar, Perlis.

Roslan Abu Bakar, 46, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 November lalu dan menyerahkan pernyataan tuntutan itu kepada defendan semalam. Media turut memperoleh dokumen itu di sini semalam.

Saman itu difailkan melalui Tetuan J R Ravendran & Assoc. Roslan adalah plaintif pertama dan syarikat Ramunus Sdn Bhd yang mempunyai lesen menjalankan perniagaan mengimport rokok kretek dari Indonesia adalah plaintif kedua.

Kedua-duanya menamakan Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh, keduanya pegawai kanan Kastam di bahagian penguatkuasaan di Dengkil, Selangor, sebagai defendan pertama dan kedua manakala Mohamad Sapian Sanusi yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 di tempat yang sama sebagai defendan ketiga.

Ketua Pengarah Kastam dan Kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai defendan keempat dan kelima.

Dalam saman itu, Roslan menuntut suatu perisytiharan penyitaan rokok kretek miliknya di gudang konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di gudang perniagaannya di Subang Jaya dan di gudang NCER, Padang Besar, Perlis adalah di luar kuasa Akta Kastam 1967.

Roslan mendakwa, berikutan penyitaan itu kontrak syarikatnya dengan Kongkang Enterprise di Thailand dibatalkan pada 15 Oktober lalu hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,470,400.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Info Terkini :

Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.

Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.

Iklan Penaja :

Renungan Si Manja © 2010 - 2011 Hakcipta Terpelihara:
Renungan Si Manja