Manja rasa terpanggil untuk hebohkan satu tempat yang memerlukan bantuan dari sesiapa jua yang ingin membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan. Manja amat bersimpati pada yang ada didepan mata berbanding yang jauh diluar negara. Sekiranya rakyat sendiri tak dibantu, siapa lagi yang ingin membantu?
Sebagai contoh, ahli keluarga anda didalam kesusahan, dan orang yang jauh pun dalam kesusahan. Adakah anda mendahulukan orang yang jauh? Tapi itu pandangan Manja yang merujuk kepada perkara yang dianggap remeh, tetapi amat berat bagi mereka yang inginkan bantuan.
Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah - Adalah pusat penjagaan anak-anak yatim dan yang memerlukan. Sebagai rakyat dan masyarakat, adakah anda sanggup membiarkan anak-anak yatim tadi dibiarkan dan menyenangkan orang yang berada diluar negara dengan membantu dengan nilai jutaan ringgit disalurkan dengan kerelaan anda? Mengapa jutaan ringgit tadi tidak disalurkan kepada pusat-pusat masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi keperluan asas dan harian? Maknanya, kebanyakan dari kita lebih mementingkan orang luar dari pentingkan masyarakat sendiri. Baiklah, Manja tidak mahu sesuatu isu akan membuatkan perpecahan berlaku.
Salah satu pusat jagaan yang ingin Manja kongsikan adalah Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah. Pusat jagaan ini amat memerlukan bantuan yang sama-sama kita boleh salurkan kepada mereka.
Barangan Keperluan Harian Penghuni Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah :
1. Beras
2. Gula
3. Tepung
4. Minyak
5. Rempah Ikan dan Daging
6. Teh, Kopi, Milo dan Susu
7. Sardin
8. Telur
9. Sabun Basuh Baju, Sabun Mandi dan Ubat Gigi
10. Pampers Drypers Size (M)
11. Susu Bayi Lactogen
12. Biskut
13. Bedak
14. Bawang
15. Asam
16. Garam
17. Cabai Kering
Barangan Keperluan Asas Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah :
1. Komputer
2. Meja Belajar
3. Tilam
4. Bantal
5. Selimut
6. Katil Kanak-kanak
7. Kipas
8. Pakai Budak Lelaki dan Perempuan
9. Almari Baju
10. Sofa
11. Kerusi dan Meja
Jika anda seorang yang perihatin, hubungi HP: 012-9170508/017-5978642.
Mungkin keperluan yang disenaraikan di atas tidak lengkap, sekurang-kurangnya itu adalah sebahagian kecil dari apa yang ingin kita berikan kepada mereka. Adakah anda sayang wang ringgit anda disalurkan kepada pusat-pusat jagaan? Dan adakah anda tidak sayang membantu dan dengan rela hati orang yang jauh di luar negara? Sebagai rakyat prihatin, lihat dahulu yang ada di depan mata. Hargai dan sayangi masyarakat sendiri dahulu dan bantu. Sebagai renungan Manja, rakyat Malaysia sebenarnya memang prihatin kepada kesusahan negara orang, tetapi tidak prihatin kepada kesusahan masyarakat sendiri. Itulah kebenarannya. Bye
Si Manja
Kenali Si Manja
- Si Manja
- Hanya seorang yang baru dalam dunia penulisan blog. Mungkin akan mencetuskan sesuatu yang amat bernilai kepada pembaca dan pelawat.
Blog Archive
-
▼
2010
(24)
-
▼
September
(14)
- Pusat Jagaan Nur Kasih Fatimah
- Wang Poket Sentiasa Masuk Setiap Hari
- Renungan Untuk Yang Pandai Bercakap
- Wanita kena saman tiada lesen ‘mengamuk’
- Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermu...
- Wang Poket Habis Kerana Raya Sakan
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010 Bermula 13/09/2010
- Budaya Bisnes Jepun Sama Dengan Melayu
- Cabaran Uji Trader Siri 1/2010
- Mengapa Yahudi Lebih Bijak Dalam Semua Hal?
- Bermula Modal 100 USD Menjadi 3000 USD Dalam Masa ...
- Suasana Hari Raya Di Kampung Halaman
- Daftar Akaun InstaForex, Dapat Hadiah Misteri Seca...
- Menjelang Sebelum Raya 2010
-
▼
September
(14)
Pages
Pautan Bersama :
Ingin Bertukar Link? Hantar link anda ke cetakwang@hotmail.com dan pastikan link blog ini telah anda letakkan ke blog anda. Terima kasih.
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Blog Lagenda
Bisnes Pantas
Iklan Santai
Fx Pro Expert BMO
MYAG TEAM
Bersama Si Manja
Sunday, September 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Info Terkini :
Dapatkan Booster Forex Percuma, cuma daftar akaun baru InstaForex melalui Blog ini dan hantar bukti no akaun baru anda ke pencetakwang@gmail.com.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.
Penghantaran Booster percuma akan dihantar kepada anda. Maksimakan keuntungan melalui Booster percuma ini, cepat kerana had hanya 100 orang terawal sahaja. Tinggal 56 orang lagi. Cepat!! Daftar melalui link banner ini.


3 comments:
manja,walaupon ni saudara/i murni,namun rakyat kita ini amat susah untuk mengeluarkan wang tanpa bukti.sbb itulah,byk dipapaekan di paper ramai yg gagal mendapat bantuan,selepas didedahkan bukti,berduyun bantuan datang manja.
Mungkin Manja boleh buat 1 post mengenai Tempat jagaan ne, upload beberape gmbar, detail tempat, berape ramai anak2...akaun yg senang di salurka n etc...ok x??
Akan diusahakan dalam masa terdekat, terima kasih atas cadangan Zyash. Saudara Najib, saya berasa setuju pendapat tu.
Post a Comment