Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terbabit dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu saja.
Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad.
Turut dilaporkan terbunuh di dalam serangan itu termasuklah seorang anak Osama dan beberapa yang lain.
Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia menerusi pelbagai unit khas pasukan itu sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan pengganas.
"Tidak ramai yang tahu di dalam tugas-tugas dilakukan oleh polis yang bekerja keras bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini dan memastikan mereka dapat tidur lena pada waktu malam," katanya.
Baru-baru ini, kata Hishammuddin, Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan sebelum itu perjanjian seumpamanya dengan Australia meliputi isu keganasan, imigresen dan isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.
Beliau berkata, Malaysia juga menandatangani perjanjian keselamatan dengan United Kingdom ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu tidak lama lagi.
Malaysia dan Turki, katanya turut sedang berunding bagi mengeratkan kerjasama keselamatan. - BERNAMA


0 comments:
Post a Comment